Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa ada perkara yang membuatkan dia cemburu dengan Carlo Ancelotti iaitu karier pengurus tersebut yang luar biasa dan dibantu oleh anaknya.
Guardiola menyatakan bahawa dia memasang impian yang kini merupakan realiti bagi Ancelotti. Iaitu dia mahu merasa sendiri menguruskan pasukan bola sepak dengan dibantu oleh anaknya.
Selain itu Guardiola berkata dia memberikan penghormatan kepada Ancelotti di atas pertarungan luar biasa di antara Manchester City dan Real Madrid pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.
Menurutnya, dia sendiri rasa teruja melihat aksi positif daripada kedua dua pasukan.
“Bagi kami, untuk Manchester City, kami berbangga dengan prestasi kami.”
“Apa yang kami lakukan adalah, menunjukkan prestasi sebenar kami, saya tak boleh meminta lebih lagi daripada para pemain.”
“Bola sepak adalah hebat disaksikan, tahniah kepada Carlo Ancelotti.”
"For us, for Manchester City, we are so proud."
"All we can do is perform how we performed… I cannot ask anything else."
"Football is a fantastic spectacle… Congratulations to Carlo Ancelotti."
Even Pep Guardiola can't get over how good that game was! 💯
🎙 @TheDesKelly pic.twitter.com/kKcMXNK0zU
— Football on TNT Sports (@footballontnt) April 26, 2022
Manchester City dan Real Madrid bermain dalam pertarungan dengan 7 gol. Di mana Man City menang tipis 4-3.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola berkata: “Carlo, saya rasa dia adalah pengurus yang menjadi inspirasi mereka yang mahu menjadi pengurus.”
“Carlo memiliki karier pengurusan yang sangat panjang, di banyak negara, banyak pasukan dia uruskan dan sentiasa dengan ideanya.”
“Kami kerap berlawan antara satu sama lain, dan kerap juga kami keluar makan malam dan minum kopi.”
“Dan saya sangat seronok dapat berjumpa dengan dia sekali lagi.”
“Saya sangat cemburukannya kerana ianya adalah salah satu impian saya. Dan mungkin tak akan saya dapat capai. Tetapi saya nak [seperti Carlo Ancelotti] di mana pembantu saya adalah anak saya sendiri.”
“Saya tak dapat membayangkan kita dapat berkongsi detik indah dan detik sulit bersama dengan anak kita [dalam pengurusan bola sepak]. Itu pasti luar biasa.”