Kelab Liga Super China, Guangzhou FC nampaknya akan menghantar ‘skuad kedua’ ke perlawanan peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2022 di Johor Bahru pada 15 April hingga 30 April ini.
Malaysia yang diwakili oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi tuan rumah kumpulan I yang turut melibatkan juara J-League, Kawasaki Frontale dan bekas juara ACL 2020, Ulsan Hyundai.
Bagaimanapun, Guangzhou FC mengambil keputusan untuk menghantar pemain muda berusia bawah 22 tahun berdasarkan senarai awal barisan pemain yang didaftarkan untuk saingan ACL 2022. Pasukan ini akan dibimbing oleh pembantu jurulatih skuad utama, Pan Yonghe.
#GuangzhouFC's registration squad list. Head coach is #PanYonghe. All players were born after 2001 except #YangChen and #ZhangJianzhi (2000).#GuangzhouEvergrande #ACL2022 #CSL #ChineseSuperLeague pic.twitter.com/7w0LVyI9Jf
— HOTPOT FOOTBALL (@HotpotFootball) April 3, 2022
Menurut sumber dari media China, Guangzhou FC tidak dapat menghantar skuad utama untuk mengelakkan daripada jangkitan wabak COVID-19 dan mereka terlibat dengan jadual padat perlawanan Liga Super China (CSL).
Selain itu, protokol kesihatan kerajaan China juga sangat ketat dimana mereka perlu dikuarantin selama 21 hari selepas pulang dari luar negara. Peraturan tersebut menyukarkan kelab itu untuk menggunakan khidmat pemain utama.
Because of the covid, they can't send the main team whim CSL is playing at the same time because of quarantine in China of 21 days
— Le Foot Chinois en VF 🇨🇳🇫🇷 (@csl_fr) April 3, 2022
Situasi ini bakal memberi kelebihan kepada semua pasukan termasuk JDT untuk mengutip 3 mata penuh sekaligus mencapai sasaran melepasi peringkat kumpulan. Skuad Harimau Selatan juga mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri.
Ini kali keempat JDT bertanding dalam saingan ACL dan skuad kendalian Benjamin Mora itu pernah mengejutkan Kashima Antlers (1-0) di Stadium Larkin dan menewaskan juara Piala FA Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings, 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Dengan barisan pemain berkualiti ditambah pula dengan kehadiran muka baharu yang berpengalaman, JDT mampu memberikan saingan sengit dan seterusnya mencipta sejarah baharu mara ke peringkat kalah mati.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Nguyen Quang Hai Tinggalkan Hanoi FC, Mahu Beraksi Di Luar Negara
Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi
Piala Dunia 2022: Jepun Tiada Masalah Dengan Kumpulan E, Sedia Tewaskan Sepanyol Dan Jerman