Kelab Liga Super China, Guangzhou Evergrande bakal memiliki stadium yang terbesar di dunia dengan kapasiti 100,000 tempat duduk. Stadium yang menelan kos sehingga 1.36 bilion pound (RM7.41 bilion) dijangka dibuka secara rasmi pada tahun 2022.

Stadium tersebut direka dengan mengambil inspirasi daripada bentuk bunga teratai yang melambangkan bandar Guangzhou sendiri iaitu ‘Flower City’ (Bandaraya Bunga).

Malah, rekaan bahagian dalaman juga sangat menakjubkan apabila keputusan perlawanan akan dipaparkan pada bahagian siling bumbung.ย  Konsepnya sangat berbeza berbanding stadium lain di dunia.

Selain itu, susunan tempat duduk seakan-akan menyamai Stadium baharu Tottenham Hotspur dan stadium milik Arsenal (Stadium Emirates).

Guangzhou-Evergrande-Instagram-@guangzhouevergrande_fc-4
FOTO: Guangzhou Evergrande

Presiden Agensi Hartanah Evergrande, Xia Hiajun menyifatkan stadium tersebut akan menjadi antara yang terbaik di dunia dan bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak.

“Stadium Evergrande akan menjadi mercu tanda berkelas dunia yang baharu setanding dengan Sydney Opera House dan Burj Khalifa di Dubai. Ia juga akan menjadi simbol penting buat bola sepak China kepada dunia,โ€ katanya.

Ketika ini, Stadium May Day yang terletak di Pyongyang, Korea Utara merupakan stadium terbesar di dunia dengan kapasiti 110,000 tempat. Stadium milik Evergrande ini akan dinobatkan sebagai stadium bola sepak yang terbesar di Asia selepas siap sepenuhnya.

Stadium Nou Camp milik kelab gergasi Sepanyol, Barcelona bakal diiktiraf sebagai stadium bola sepak terbesar di dunia apabila akan melakukan pengubahsuaian meningkatkan jumlah kapasiti tempat duduk kepada 105,000.

Diikuti oleh Stadium FNB di Johannesburg, Afrika Selatan dengan 94,700 tempat duduk dan Stadium Wembley dengan 90,000 tempat duduk.

Musim lalu,ย  purata kedatangan penyokong Evergrande di laman sendiri bagi aksi Liga Super China (CSL) adalah 46,000.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.ย 

Fabio De Lima Sah Jadi Pemain Naturalisasi Ketiga UAE

Kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC Mahu Berguru Dengan Johor Darul Ta’zim

Indonesia Lancar Jersi Baharu Daripada Jenama Tempatan