Bintang Manchester United, Mason Greenwood dilaporkan terpaksa menjalani satu lagi tempoh tahanan. Bermakna dia akan ditahan ebih lama kerana dia kini didakwa atas tuduhan serangan seksual dan ugutan bunuh.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, polis Greater Manchester menahan Greenwood selepas teman wanitanya, Harriet Robson, berkongsi video dan gambar tindakan Greenwood di media sosial. Walaupun selepas itu ayah kepada Harriet menuduh hacker yang menggodam akaun anaknya dan menyebarkan video tersebut.
Dalam video dan gambar yang tersebar itu, Harriet menunjukkan keadaan mukanya yang ‘pecah’ akibat perbuatan Greenwood. Bibirnya berdarah teruk sekali dan badannya lebam.
Greenwood setakat ini berada dalam tahanan balai polis selama dua malam. Dan polis sudah mengesahkan bahawa mahkamah memberikan kebenaran untuk menahan Greenwood lebih lama.
“Detektif telah diberi masa lanjutan untuk bercakap dengan seorang lelaki berusia 20-an yang ditahan kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita.”
“Suspek telah ditahan pada petang Ahad selepas kami menyedari imej dan video media sosial dalam talian yang disiarkan oleh seorang wanita melaporkan kejadian penderaan fizikal,”
Polis Greater Manchester juga berkata bahawa Greenwood kini dituduh melakukan serangan seksual dan ancaman bunuh terhadap Harriet.
“Berikutan siasatan setakat ini, dia terus ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual dan ugutan bunuh ke atas wanita tersebut.”
“Siasatan sedang dijalankan dan mangsa terus ditawarkan sokongan pakar.”
“Kami mengingatkan orang ramai untuk mengelak daripada mengulas atau berkongsi imej yang boleh menjejaskan hak mangsa untuk tidak mahu namanya disiarkan sepanjang hayat, atau berisiko merosakkan penyiasatan secara langsung dengan proses aktif.”
Mason Greenwood merupakan pemain prospek yang baru sahaja menerima kontrak mewah tahun lalu di Man United. Di mana dia mendapat gaji GBP75k seminggu.
Ini bukan kali pertama Greenwood membuat onar di luar padang. Sebelum ini dia pernah membawa perempuan masuk ke hotel dan melanggar prosedur kuarantin ketika tugasan bersama England.
Kemudian dia juga dikatakan seringkali lewat ke pusat latihan ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Untung sahaja dia kerana Ole sangat berlembut dengan pemain yang bermasalah sepertinya.
Manchester United sudah menggantung Greenwood sehingga dia benar benar bebas daripada pertuduhan. Sementara itu namanya digugurkan daripada senarai produk cendera mata kelab.
Selain itu, Nike turut menggantung sementara kerjasama dengan Greenwood.