Pengurusan tertinggi Liga Arab Saudi sudah memberikan amaran kepada kelab kelab di negara itu agar tidak menandatangani Mason Greenwood.
Baca Juga:
- AS Roma Berminat Dapatkan Mason Greenwood
- Manchester United Singkirkan Mason Greenwood
- Peminat Wanita Man United Bantah Tindakan Kelab Masih Buka Pintu Kepada Greenwood
Ini kerana ianya boleh memberikan impak negatif kepada imej liga itu yang kini sedang meningkat naik.
Nama Greenwood dikhuatiri akan menjadi terlalu toksik kepada imej bola sepak dan negara Arab Saudi – jika dia benar benar datang ke liga tersebut.
Pengurusan tertinggi Liga Pro Saudi sendiri sudah mengingatkan kelab kelab di negara itu tentang impak Greenwood kepada liga dan imej sesebuah kelab itu di mata media barat terutamanya.
Hal ini kerana Greenwood terlibat dalam kes memukul dan merogol teman wanitanya sendiri. Walaupun dia dibebaskan daripada semua pertuduhan, ianya atas kehendak mangsa – yang merupakan teman wanitanya sendiri – mahu kes itu digugurkan dan diselesaikan di luar mahkamah.
Cristiano Ronaldo antara nama penting dalam usaha menaikkan nama Liga Pro Saudi di mata dunia.
Neymar sendiri setuju bahawa Ronaldo adalah antara punca kenapa Liga Arab Saudi meningkat naik dan menarik perhatian ramai pemain untuk datang.
Liga Pro Saudi kurang disenangi beberapa pihak terutama di Eropah.
Mason Greenwood mulai dikaitkan dengan kelab di Arab Saudi. Semalam ada laporan menyatakan kelab bimbingan Steven Gerrard, Al Ettifaq antara yang berminat mendapatkan pemain itu.
Namun berita itu segera dijawab oleh Gerrard menerusi IG Story miliknya dengan kapsyen: “Berita Palsu!”
Arab Saudi cuba sedaya upaya untuk membina imej liga bola sepaknya. Dengan sokongan menerusi dana negara yang diketuai oleh PIF.
Di mana ada 4 kelab utama mendapat hak pembiayaan daripada PIF dengan dana yang tak ada hadnya.
Kelab kelab itu adalah Al Nassr, Al Ittihad, Al Hilal dan Al Ahli.
Kelab kelab lain turut memiliki dana yang besar walaupun tidak sebanyak 4 kelab yang digelar big 4 itu.
Greenwood dilaporkan berminat untuk bermain di liga seperti Arab Saudi. Kerana dia tidak terfikir bahawa bermain di England adalah pilihan terbaik pada masa ini.
Dia sudah menjangkakan sambutan yang teruk akan dia terima di setiap stadium di England selepas ini.
Pemain itu dikaitkan dengan AS Roma. Yang sebelum ini pernah menolak laporan bahawa mereka berminat dengan Greenwood.
AS Roma Berminat Dapatkan Mason Greenwoodhttps://t.co/ErgJNmB7Og
— VOCKET FC (@vocketfc) August 23, 2023
Memandangkan pemain itu kini bergelar free agent. AS Roma dikatakan melakukan u turn dan berminat mendapatkannya.