Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengesahkan tonggak import pasukan itu, Gonzalo Cabrera sudah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dengan pemain Kedah Darul Aman (KDA) kelmarin.
Menurut kenyataan rasmi, pemain kelahiran Argentina itu tidak mengalami sebarang komplikasi dan beliau dijangka akan kembali menyertai sesi latihan.
“Ujian perubatan awal telah mengesahkan bahawa Cabrera tidak mempunyai sebarang komplikasi. Beliau akan menjalani pemantauan lanjut selama beberapa hari ini sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan,” kata kenyataan rasmi JDT.
CABRERA IN GOOD CONDITION
Johor Darul Ta'zim FC are delighted to announce that Gonzalo Cabrera is recovering well and has been discharged from hospital following a collision during the Malaysia Super League clash with Kedah last night.
[1/2] pic.twitter.com/jR2io1TX3H
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 5, 2021
Kelmarin, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan tragedi yang menakutkan apabila Cabrera didapati tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan pemain pertahanan KDA, Renan Alves pada minit ke 56.
Insiden itu berlaku ketika Alves cuba menghalang pengerakan Cabrera dengan melakukan ‘rempuhan’ keras ibarat sukan ragbi sebelum dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.
Detik-detik cemas yang berlaku sebentar tadi apabila pemain JDT, Gonzalo Cabrera tidak sedarkan diri selepas bertembung dengan pemain Kedah, Renan Alves. #LigaSuper2021 pic.twitter.com/WvWEp5z6Yy
— VOCKET FC (@vocketfc) May 4, 2021
Situasi itu memaksa petugas perubatan dipanggil ke dalam padang untuk memberikan rawatan kecemasan dan Cabrera diusung keluar menaiki ambulans lalu dibawa ke hospital.
Apapun, ini adalah keadaan yang sangat bahaya bagi pemain bola sepak profesional kerana ia boleh membawa maut jika pasukan perubatan lambat bertindak. Ini juga adalah kejadian kedua yang berlaku dalam saingan Liga Super musim ini selepas pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin tidak sedarkan diri ketika menentang Selangor.
Diharapkan agar badan pengendali liga, Malaysia Footbal League (MFL) dapat meneliti perkara ini untuk dibawa ke dalam mesyuarat bersama pasukan perubatan agar keselamatan para pemain terjamin ketika perlawanan berlangsung.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan.
Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”
Shahrel Fikri Alami Kecederaan “Fibula Fracture“, Bakal Terlepas Aksi Kelayakan Piala Dunia