Penyerang Selangor, Shahrel Fikri Fauzi mengalami kecederaan pergelangan kaki pada aksi menentang Sri Pahang semalam sekaligus bakal berehat lama dan kemungkinan besar terlepas aksi baki kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini.
Shahrel dimasukkan pada separuh masa kedua pada aksi di Stadium Darul Makmur namun terpaksa dikeluarkan selang dua minit kemudian setelah bertembung dengan pertahanan Pahang, Muslim Ahmad.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, setelah pemeriksaan dilakukan, Shahrel mengalami kecederaan fibula fracture, iaitu sejenis kecederaan pada bahagian dalaman pergelangan kaki.
Shahrel Fikri dikatakan mengalami 'Fibula Fracture' iaitu kecederaan pada bahagian dalaman pergelangan kaki. Kemungkinan mengambil masa sehingga 6-10 minggu untuk sembuh sekaligus dijangka terlepas mewakili negara ke kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, Jun ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 5, 2021
Kecederaan yang dialami Shahrel Fikri ini mungkin mengambil masa enam hingga sepuluh minggu untuk pulih sekaligus bakal terlepas sebahagian besar perlawanan Liga Super Selangor dan baki kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung Jun ini.
Shahrel kini tersenarai dalam daftar pemain Selangor yang mengalami kecederaan dimana sebelum ini pemain tengah, Halim Shari mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) manakala pemain import, Tim Heubach mengalami kecederaan pangkal paha.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”
“Beraksi Ditempat Lawan, Berikan 2 ‘Silly Goal’ Diawal Permainan Adalah Masalah Besar Kami.”