Gol tunggal Malaysia yang dijaringkan oleh Syafiq Ahmad dalam perlawanan bertemu UAE semalam berjaya menggamatkan semua penyokong yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil khususnya.
Hasil hantaran silang dari Matthew Davies dari sebelah kanan tepat ke kepala Syafiq Ahmad dan jika diperhatikan gol tersebut disumbat pada saat ke 33. Adakah gol ini merupakan gol terpantas pernah dijaringkan oleh Malaysia?
Jawapannya adalah gol itu bukanlah yang terpantas pernah dijaringkan oleh pasukan Malaysia sebenarnya.
Syafiq's goal against UAE wasn't the fastest for Malaysia. Safee Sali scored in 15 seconds against Singapore in 2011.
— Lee Seng Foo🇲🇾李成富 (@sengfoo88) September 10, 2019
Safee Sali masih lagi ‘pegang’ rekod gol terpantas untuk Malaysia apabila menjaringkan gol pembukaan ketika Malaysia menewaskan Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.
Hanya 15 saat diperlukan oleh Safee Sali untuk memecah kebuntuan dalam perlawanan tersebut selepas percubaan pertamanya hasil hantaran lintang Asrarudin Omar dari sebelah kiri diselamatkan oleh penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.
Saksikan gol terpantas yang dijaringkan oleh Safee Sali.
Artikel power yang lain mengenai pasukan bola sepak Malaysia untuk dibaca.
Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik
Bapa Wan Kuzain Dedahkan Perkara Sebenar Mengenai Cerita Anaknya Mahu Mewakili Malaysia