Dalam perlawanan Liga Super Malaysia diantara UiTM bertemu Kuala Lumpur City semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1, timbul satu lagi persoalan kepada pegawai-pegawai perlawanan bertugas terhadap gol minit akhir oleh Shukor Adan.
Ketika perlawanan hampir tamat, Kuala Lumpur City telah menjaringkan gol penyamaan melalui Shukor Adan dan jaringan itu saling tidak tumpah seperti gol ‘Hand of God’ yang dilakukan Diego Maradona pada perlawanan Piala Dunia 1986.
Pengadil perlawanan semalam iaitu Mohd Shahrizan Mohamad Solihim berada pada posisi yang boleh dianggap terbaik untuk melihat insiden itu seterusnya membuat keputusan yang tepat.
Gol ‘Hand of God’ Shukor Adan 😱😱😱 pic.twitter.com/YOM1PXZMGY
— VOCKET FC (@vocketfc) May 8, 2021
Namun, pengadil telah mengesahkan jaringan tersebut dan apa yang lebih menarik komisioner memberikan laporan gol tersebut dijaringkan oleh Shukor Adan.
Timbul pertikaian serta persoalan disini, apakah komisioner perlawanan mengiktiraf gol menggunakan tangan itu atau mereka mempunyai sebab-sebab lain untuk membuat keputusan tersebut.
Ada 2 senario yang mungkin boleh difikirkan;
- Bola telah mengenai tangan Shukor Adan terlebih dahulu sebelum terbias ke kepala Victor Nirennold, seterusnya menerjah gol.
- Bola yang terkena tangan Shukor Adan dan terus masuk kedalam gol. (Dari pergerakan bola yang laju, mungkin sukar untuk pilihan ini.)
Berdasarkan kedua-dua senario diatas, bola jelas terkena tangan Shukor Adan terlebih dahulu (kedudukan tangan) dan dengan posisi pengadil yang berada di ‘D-Box’ sepatutnya beliau mampu membuat keputusan yang tepat.
Apapun yang berlaku, keputusan telah dibuat dan selepas ini pastinya Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu meneliti kembali video perlawanan dan mengeluarkan penjelasan mengenai isu ini.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”
Alistair Edwards: JDT Pinjamkan Beberapa Pemain Ke Melaka United, Sri Pahang, Sabah Dan UiTM