Legenda Itali, Gianluca Vialli mengesahkan bahawa dirinya masih lagi belum bebas daripada kanser pankreas yang dihidapinya sejak November 2018 itu.
Perkembangan terkini itu nyata amat mengejutkan kerana beliau yang kini terlibat dengan skuad kebangsaan Itali pernah membuat pengakuan pada April tahun lalu dengan mengatakan dirinya sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit berbahaya tersebut.
Bagaimanapun, Vialli yang pernah menjulang kejuaraan Serie A bersama Sampdoria dan Juventus tetap positif dapat melawan kanser tersebut untuk meneruskan kehidupannya.
“Saya berasa sangat baik, tetapi perjalanan [melawan kanser] saya masih belum berakhir,” ujar Vialli menurut laporan dikeluarkan Football Italia.
“Tetamu yang tidak diingini [merujuk kepada kanser], seperti yang saya gelarkan, masih lagi disini bersama saya. Pada masa ini saya masih lagi dalam mood penyelenggaraan.”
“Sel kanser itu masih ada. Ada kalanya ia terasa cukup ketara, pada masa yang lain pula sedikit kurang.”
“Saya akan terus berjuang untuk melawannya lerama saya mahu berada di sini [terus hidup] untuk beberapa tahun lagi. Saya mahu anda semua bersabar dengan saya untuk masa yang lama.”
“Saya mendapat kekuatan itu daripada keluarga saya, rakan-rakan dan semua orang yang memberikan saya keberanian seperti itu,” tambah Vialli lagi.
Selain dua kejayaan dalam kempen Serie A, Vialli pernah bergelar pemain dan pengurus Chelsea, dimana beliau telah menikmati beberapa kejuaraan bersama The Blues seperti menjulang UEFA Cup Winners’ Cup dan Piala Liga musim 1997/98 serta Piala FA sebanyak kali (1996/97 dan 1999/00).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia di sini:
Gasperini: Perbualan Ketika VAR Perlu Didengari, Ia Seperti Rahsia Negara
Terperangkap Dalam Banjir Di Kuantan, Dollah Salleh Sempat Menyelamatkan Diri
Guardiola Sisihkan Foden Dan Grealish Sebab Pergi Kelab Malam Dan Tak Cukup Tidur