Sejarah tercipta dalam saingan Bundesliga minggu lalu apabila Gerrit Holtmann menjadi pemain Filipina pertama yang menjaringkan gol dalam saingan divisyen pertama liga bola sepak Jerman itu.
Holtman yang beraksi bersama VfL Bochum diturunkan pada aksi menentang Mainz di Vonovia Ruhrstadion Sabtu lalu dan beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke-21 menerusi gerakan solo yang menewaskan barisan pertahanan Mainz.
Wuih… 🇵🇠Gerrit Holtmann mencetak gol solo ala Lionel Messi!
Pemain berkewarganegaraan Filipina yang lahir di Bremen, Jerman, pada 25 Maret 1995 itu bikin gol buat VfL Bochum di laga kontra Mainz.
(🎥 via @ESPNFC) pic.twitter.com/ylommkL6DK
— PanditFootball.com (@panditfootball) August 21, 2021
Sebastian Polter kemudiannya menjaringkan gol kedua Bochum pada minit ke-56 sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke saingan Bundesliga itu musim ini.
Gerrit Holtmann lahir di Jerman namun beliau boleh mewakili Filipina di pentas antarabangsa ekoran ibunya yang berasal dari Filipina. Menurut tinjauan, usaha telah dimulakan bagi meyakinkan Holtman agar beraksi bersama The Azkals dalam tempoh masa terdekat.
Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain Filipina keempat yang beraksi dalam saingan Bundesliga selepas Dennis Cagara (Hertha BSC), ketua skuas kebangsaan iaitu Stephan Schröck (1899 Hoffenheim, Eintracht Frankfurt) dan Denis Wolf (Hannover 96).
Pada perlawanan minggu ketiga, Bochum akan berkunjung ke RheinEnergieStadion bagi menghadapi Koln dan Holtman berkemungkinan besar bakal diletakkan dalam kesebelasan utama selepas menampilkan prestasi yang baik selain menjaringkn gol minggu lalu.
Bochum ketika ini menduduki tangga ke-9 dengan kutipan 3 mata hasil kemenangan ke atas Mainz minggu lalu. Pada perlawanan pembukaan, Mainz tewas kepada VfL Wolfsburg dengan keputusan 1-0.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:
Arteta Puji Prestasi Arsenal, Peminat Kemudian Serangnya Di Luar Stadium
Pellegrini: “La Liga Adalah Liga Paling Lembab, Banyak ‘Time Wasting’, Simulasi Dan Memalukan”