Hasrat Selangor FC (SFC) mahu meneruskan momentum kemenangan tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 0-2 kepada Sri Pahang (SRP) dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Keputusan itu juga bermakna Tok Gajah akhirnya telah menamatkan kemarau kemenangan selepas kali terakhir mereka mengutip 3 mata ialah pada 7 Mei lalu ketika menentang Kuala Lumpur City.

Dalam perlawanan itu, skuad kendalian Michael Feichtenbeiner bermula dengan garang dan mempunyai dereten peluang terhidang namun dikecewakan dengan ketumpulan penyudah. Malah, palang gol menjadi penyelamat Tok Gajah apabila menyelamatkan percubaan berbahaya pemain Selangor.

30 minit awal sememangnya dikuasai oleh Gergasi Merah namun Tok Gajah yang melakukan serangan balas berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan pemain import, Steven Rodriguez pada minit ke-34.

Jaringan itu berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan import Selangor dari Jordan, Yazan Al Arab yang membuat hantaran ke belakang sebelum sempat dirampas oleh Rodriguez.

Gol tersebut juga memberi semangat tambahan kepada pemain Sri Pahang untuk terus mengandakan asakan.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol kedua selang 5 minit kemudian selepas menerima hantaran cantik daripada Baqiuddin sekaligus menewaskan penjaga gol lawan, Samuel Somerville.

 

Walaupun ketinggalan 2-0, Selangor masih belum berputus asa untuk terus mendapatkan gol di separuh masa kedua tetapi tuan rumah kali ini berjaya mengekang beberapa asakan jentera serangan mereka.

Bagaimanapun, jaringan yang dinantikan belum tiba disebabkan oleh ketumpulan penyudah sekaligus memaksa Selangor akur tewas di tangan Sri Pahang kali ini.

Keputusan 2-0 juga merupakan ‘clean sheet’ pertama Tok Gajah dalam saingan Liga Super musim ini dan juga membantu memperbaiki kedudukan dalam liga. Sri Pahang kini menghuni di tangga ke 9 selepas mengutip 11 mata dalam 12 perlawanan yang diharungi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Jurulatih Dari Argentina Ganti Benjamin Mora?

TRW Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Sejak Diambil Alih Oleh Zamsaham

PJ City Tetap Guna Anak Tempatan 100 Peratus Tanpa Kelibat 9 Pemain Import

5 Pemain Lebih Umur Termasuk 3 Pemain Import Dibenarkan Beraksi Dalam Liga Simpanan

Liga Super: Peminat Tidak Setuju Dengan Peraturan 9 Pemain Import