Kurt Zouma mengejutkan dunia apabila video dia mengasari kucing di rumahnya menjadi tular. Video yang dipercayai dirakam sendiri oleh abangnya, yang berkongsi video itu di Snapchat.
Zouma dilihat melakukan sepakan voli, dan kemudian membaling objek ke arah kucing bengal tersebut. Zouma seterusnya menempeleng kepala kucing yang tidak melawan itu.
Zouma kemudian tampil dengan permohonan maafnya. Dia berkata: “Saya juga ingin menyatakan betapa saya sangat menyesal kepada sesiapa yang rasa tersinggung dengan video itu,” kata Zouma. ”
“Saya ingin memberi jaminan kepada semua bahawa kedua-dua kucing kami baik-baik saja dan sihat.”
“Mereka disayangi dan disayangi oleh seluruh keluarga kami, dan tingkah laku ini adalah kejadian terpencil yang tidak akan berlaku lagi.”
West Ham juga mengeluarkan kenyataan berjanji bahawa mereka akan menangani insiden itu secara dalaman. Mereka akan bersemuka dengan Zouma di atas perkara tersebut.
“West Ham United tanpa ragu mengecam tindakan pemain kami, Kurt Zouma, dalam video yang telah tersebar,” kata kenyataan itu.
Kurt Zouma: West Ham defender apologises after video emerges of him kicking his cat | Football News https://t.co/c0PrEqzfGG
— CurrentTime News (@CurrenttimeN) February 8, 2022
“Kami telah pun bercakap dengan Kurt dan akan menangani perkara itu secara dalaman, tetapi kami ingin menjelaskan bahawa kami sama sekali tidak membenarkan kekejaman terhadap haiwan.”
Kurt Zouma volleying his cat 😱😱
https://t.co/I7s3gpHpPf— The72 – We Love the #EFL (@_The72) February 7, 2022
Agak mengejutkan apabila Zouma masih diturunkan dalam aksi EPL pertengahan minggu.
Namun selepas itu, Adidas mengumumkan bahaw Zouma bukan lagi atlet yang bernaung di bawah tajaan mereka.
Seterusnya, West Ham juga mengenakan hukuman ke atas Zouma. Kelab memotong gaji Zouma untuk 2 minggu sekitar £250,000 ataupun sekitar RM1.4 juta. Dan ianya akan disalurkan kepada organisasi perlindungan haiwan di UK.
Adidas has ended its sponsorship deal with Kurt Zouma following the video footage of him kicking and slapping one of his cats.
He was fined $338,763 by West Ham this morning and his two cats have been taken into care by the RSPCA, a UK animal welfare charity. pic.twitter.com/OW0HoPl5Sh
— B/R Football (@brfootball) February 9, 2022
Selain itu kucing Zouma tersebut dikatakan sudah diambil oleh badan pertubuhan perlindungan haiwan buat sementara waktu.
Zouma boleh dikatakan menarik nafas lega kerana, jika dia melakukan perkara itu di negaranya sendiri di Perancis, dia berdepan hukuman penjara sehingga 4 tahun.
Kurt Zouma could face four years in prison in France for kicking his cat https://t.co/WimOPcYjHn
— Irish Independent (@Independent_ie) February 9, 2022