Ralf Rangnick menyifatkan kemenangan dramatik Manchester United ke atas West Ham sebagai “besar” maknanya dalam perlumbaan untuk empat teratas.
Marcus Rashford masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol menerusi percubaan terakhir perlawanan pada minit ke-93 di Old Trafford untuk meletakkan United di tangga keempat di depan pasukan David Moyes.
Rashford kini sudah 4 kali dalam kariernya menjaringkan gol kemenangan pada 90 minit. Menjadikannya pemain paling banyak melakukannya dalam sejarah.
4 – Marcus Rashford has scored a 90th-minute winning goal for the fourth time in the Premier League, at least twice as many as any other Man Utd player. In fact, no player has ever scored more such winners in the competition's history. Mentality. pic.twitter.com/OVbt1CJF9t
— OptaJoe (@OptaJoe) January 22, 2022
Rangnick mengakui bahawa para pemainnya meraikan kemenangan tersebut dengan girang sekali di bilik persalinan kerana mereka sedar makna kemenangan itu dalam usaha mereka mahu berada di 4 teratas.
“Suasana [di bilik persalinan] sangat mengagumkan,” kata Rangnick. “Memang betul budak-budak itu meraikannya. Mereka tahu apa maksudnya kemenangan ‘besar’ [bermakna] ini.”
“Sokongan yang diterima pasukan semasa perlawanan adalah menakjubkan. Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada semua peminat.
“Ia sentiasa bagus tetapi hari ini sangat hebat dan mereka juga sedar betapa pentingnya permainan ini. Mereka mendorong kami melalui keseluruhan perlawanan.”
Rangnick memainkan peranannya sendiri dalam keputusan dari garisan tepi selepas menyaksikan tiga pemain gantiannya — Rashford, Anthony Martial dan Edison Cavani — semuanya mempunyai peranan dalam pemenang.
Ia adalah penampilan pertama Martial sejak memutuskan untuk tidak menyertai skuad untuk perlawanan di Aston Villa seminggu lalu dan walaupun kedengaran ejekan ke atas pemain asasl Perancis itu — yang mahu meninggalkan kelab itu.
Rangnick berpuas hati dengan sumbangan pemai tersebut.
“Sejak kali terakhir kami bercakap satu setengah minggu lalu, saya memberitahunya tentang menjadi profesional sehingga hari terakhir tidak kira berapa lama dia kekal atau apabila dia pergi, ini tentang menjadi profesional,” kata Rangnick.
“Bagus sekali dapat bercakap dengan orang seperti dia. Dalam dua perlawanan terakhir, dia adalah sebahagian daripada skuad dan hari ini dan dia memainkan peranan penting dalam gol yang kami jaringkan.”
“Dia seorang pemain berkelas dunia, salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris tetapi kami mempunyai pemain lain di posisinya dan ia membuatkan dia berhasrat untuk pergi tetapi.”
“Dia berlatih dan bermain ketika dia masuk hari ini, dia menunjukkan profesionalismenya yang saya harapkan daripada semua orang. Saya gembira dia bermain hari ini, dia muncul dan memainkan peranan penting dalam gol.”