Salah satu laman yang sentiasa membawa perkembangan mengenai jersi iaitu Footy Headlines mengumumkan bahawa jersi home skuad kebangsaan Filipina dipilih sebagai jersi terbaik bagi bulan Mac 2023.

Baca Juga:

Perkara ini diumumkan oleh laman terbabit dimana jersi home Filipina ini mengatasi dua jersi lain iaitu jersi away Portland Thorns yang dikeluarkan oleh Nike dan juga jersi away pasukan wanita Jerman yang dikeluarkan oleh Adidas.

https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1645708786332585985

Jersi tersebut pada mulanya merupakan reka bentuk konsep oleh JerseyBird, sebuah jenama pakaian kecil yang mereka bentuk jersi dan pakaian sukan untuk pasukan, organisasi dan syarikat.

Pada awal 2023, JerseyBird mereka bentuk jersi konsep pasukan kebangsaan Filipina, yang menjadi tular di laman media sosial TikTok dimana video tersebut mendapat lebih dari 300,000 like dan hampir 3 juta tontonan.

Persekutuan Bola Sepak Filipina (FFF) menyambut baik inisiatif tersebut dan kemudiannya menjadikan reka bentuk jersi itu sebagai jersi rasmi pasukan kebangsaan negara tersebut.

Turut berada dalam senarai jersi terbaik bagi bulan Mac 2023 ialah jersi ketiga pasukan Selangor namun jersi skuad Gergasi Merah itu gagal untuk masuk dalam senarai tiga jersi terbaik.

Footy Headlines
Footy Headlines

Sebelum ini, Footy Headlines mengumumkan jersi juara bertahan Liga Super, home Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai jersi terburuk bagi bulan Februari 2023.

Jersi JDT menerima undian 39.8% daripada peminat manakala jersi Waalwijk 22/23 berada di tempat kedua dengan kutipan undian 24.1%. Sementara jersi Macron Basel 2022/2023 di tempat ketiga dengan 16.9%.