Bekas pemain Everton telah dianggap menjadi scammer di Facebook Marketplace.
Baca Juga:
- Flop Everton Dituduh Jadi Scammer Di Facebook Marketplace
- Al Hilal Dapatkan Ruben Neves Dan Bakal Umum Koulibaly
- Nafi Kerana Wang, Benzema Sertai Al Ittihad Kerana Arab Saudi Negara Islam
Pemain tengah flop Everton, Jean-Philippe Gbamin dilihat aktif menjual barangan yang diletakkan tag ‘match-worn’ di Facebook Marketplace.
Pemain itu hanya bermain 6 kali dalam 4 musim terakhir di EPL bersama Everton.
Jadi, ramai merasakan bahawa Gbamin telah memberikan informasi yang salah tentang jersi jersi yang dia jual tersebut.
Dia dianggap flop kerana Everton melaburkan £25 juta untuk membelinya sebelum ini dari kelab Jerman, Mainz.
Dan kini dia telah menjual banyak koleksi match-worn jersi Everton dengan harga £300 sahaja yang dianngap harga scammer.
Biasanya peminat dan sang kolektor akan teruja dengan harga itu. Namun tidak untuk Gbamin.
Dia malah dituduh seorang penipu atau scammer. Seorang peminat berkata: “Mana mungkin dia boleh memiliki match-worn sebanyak itu kalau dia cuma bermain sejam setengah di atas padang dalam masa 4 tahun.”
Gbamin selling all his gear on Facebook hahahah pic.twitter.com/CO7JvAlbLj
— Saundy (@saundy00) June 17, 2023
Ada peminat Everton sendiri sampai terlupa bahawa pemain itu sebenarnya pernah bermain untuk mereka.
4 musim neraka di Everton
Sebelum ini dia pernah menyatakan bahawa, 4 musim di Everton sebagai mimpi ngeri. Dan meminta untuk dilepaskan ke kelab lain. Dia membuat kenyataan tersebut ketika bergelar pemain pinjaman di kelab Turki, Trabzonspor.
Prestasinya juga diganggu oleh terlalu banyak siri kecederaan ketika di Everton. Dan akhirnya dia dipinjamkan ke Rusia dan Turki dalam 2 musim terakhir ini.
Gbamin telah tersisih lebih 587 hari kerana kecederaan berkaitan dengan lututnya. Dia mengalami kecederaan lutut serius itu hanya pada penampilan ketiganya bersama Everton.
Gbamin mahu pulang ke Jerman
Ejennya, kekal positif bahawa mereka akan mendapat projek baharu lebih baik selepas ini.
Sambil mendedahkan bahawa Gbamin sebenarnya pernah menarik minat Arsenal dan Liverpool. Namun akhirnya memilih Everton.
Dan kini pemain itu berhasrat mahu kembali semula ke Bundesliga.
Jean-Philippe Gbamin wants to leave Everton & return to Germany.
Source: (@BILD) #EFC pic.twitter.com/AW5AOoFuTm
— Everton FC News 💙 (@NilSatisNews) June 16, 2023
Ejennya berharap pemain itu akan menemui semula sentuhan cemerlangnya di atas padang.