Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak berharap perlawanan akhir Piala FA 2023 dikendalikan oleh pengadil yang bagus serta tegas bagi mengelakkan sebarang keputusan kontroversi terjadi.

Sama seperti musim sebelum ini, saingan Liga Malaysia dicemari oleh prestasi pengadil yang teruk sehingga menyebabkan kerugian kepada pasukan bertanding.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, Bojan Hodak berharap pengadil yang mempunyai kualiti serta tegas diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Bojan Hodak
Bojan Hodak

“saya berharap kita akan mendapat pengadil yang bagus dan tegas yang boleh mengendalikan perlawanan ini (final Piala FA).

“Kita tidak takut beraksi pada aksi final dan berharap kita mendapat perlawanan yang bagus,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Antara insiden yang melibatkan pengadil dalam saingan Liga Malaysia musim ini ialah ketika aksi Sri Pahang menentang Sabah yang mana Noor Azriel Baharudin tidak memberikan sepakan penalti kepada Sabah selepas an dalam kawasan penalti oleh pemain lawan.

Seterusnya, pengadil yang cukup terkenal dalam saingan liga domestik iaitu Zulkarnain Zakaria atau yang lebih mesra dipanggil Reff Botak digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Keputusan ini diambil setelah Zulkarnain terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah pada minit 41 dan minit 90+9.

Baru-baru ini, perlawanan antara Kuching City menentang Perak turut dicemari dengan prestasi buruk pengadil dimana Mohd Faisal Ridzuan tidak melayangkan sebarang kad kepada pemain Kuching, Zahrul Nizwan setelah melakukan terjahan keras kepada pemain lawan iaitu Syukri Baharun.