Presiden FIFA, Gianni Infantino umum Arab Saudi sebagai penganjur Piala Dunia 2034 yang akan datang.
Baca Juga:
- FAM Hantar 6 Pengadil Berguru Di Arab Saudi
- Arab Saudi Pastikan Indonesia Gagal Ke Piala Asia Futsal 2024
- Bida Piala Dunia 2034, Arab Saudi ‘Claim’ Dapat Sokongan 70 Ahli FIFA
Arab Saudi sebelum ini mendapat persaingan daripada Australia. Namun Australia telah menarik diri semalam membuatkan pencalonan Arab Saudi adalah pencalonan tunggal.
FIFA sebelum ini mengalu alukan bidaan dari Asia dan Oceania sebelum tarikh akhir 31 Oktober untuk menghantar pencalonan.
Australia mengesahkan mereka menarik diri daripada penganjuran Piala Dunia 2034 kerana lebih berminat dalam penganjuran Piala Asia Wanita 2026 dan Piala Dunia Kelab 2029.
Sebelum ini juga, Indonesia pernah cuba meyakinkan Malaysia dan Singapura untuk membida hak penganjuran bersama. Namun usaha itu tidak kesampaian.
Dan akhirnya Arab Saudi menjadi calon terkuat untuk menganjurkannya.
Arab Saudi yang gagal dalam bidaan Piala Dunia 2030 ketika menghantar bidaan penganjuran bersama Mesir dan Greece – telah memutuskan untuk menumpukan sepenuh usaha menjadi penganjur tunggal edisi 2034.
FIFA akhirnya memilih Arab Saudi sebagai penganjur Piala Dunia 2034.
🚨🌏 OFFICIAL: World Cup 2034 will be hosted by Saudi Arabia, as president Gianni Infantino has confirmed. 🇸🇦
“Football unites the world like no other sport, World Cup is perfect showcase for a message of unity and inclusion”.
“Different cultures can be together”. pic.twitter.com/ScNJqPzPf7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 31, 2023
Melihat kejayaan Qatar menganjurkan Piala Dunia 2022 yang lalu, serta pujian diterima negara itu membuatkan Arab Saudi dikatakan ‘cemburu’ dan mahu memastikan mereka juga boleh menjadi penganjur.
Saudi Arabia is set to host the men's 2034 soccer World Cup after Australia announced it would not make a bid for the sport’s global showpiece, leaving the Gulf country as the only confirmed bidder https://t.co/t1SzsRhE2U pic.twitter.com/jPApRp4Gxp
— Reuters (@Reuters) October 31, 2023
Arab Saudi pada ketika ini sedang dalam fasa membina pembangunan bola sepak dengan pelaburan besar dalam Liga Pro Saudi.
Di mana kerajaan menerusi PIF turut menyumbang dana kepada 4 pasukan utama yang digelar Big 4. Al Nassr, Al Ittihad, Al Hilal dan Al Ahli kesemuanya mendapat dana yang sangat besar disokong kerajaan untuk memastikan mereka berjaya menarik nama nama besar menyertai mereka.