Presiden kelab Al Shabab, Khalid Al-Baltan meluahkan keresahan beliau tentang kuasa 4 kelab utama di Liga Arab Saudi yang dibiayai dana PIF.
Baca Juga:
- Aymeric Laporte Semakin Hampir Ke Arab Saudi Sertai Al Nassr
- Ronaldo Ketuai Kebangkitan 10 Pemain Al Nassr Dan Julang Piala Juara Juara Arab
- Ighalo: Cristiano Ronaldo Bermain Di Liga Arab Saudi Sebab Wang
Beliau mengeluh kerana menurutnya jurang persaingan di Arab Saudi sekarang terlalu tinggi antara kelab milik PIF dan yang bukan di bawah PIF.
Musim lalu, PIF mengesahkan bahawa mereka mengambil alih 4 kelab utama di Liga Pro Saudi iaitu Al Ittihad, Al Ahli, Al Nassr, dan Al Hilal.
Al Shabab antara kelab yang cuba mendapatkan hak untuk bernaung di bawah dana kekayaan negara atau sovereign fund di bawah PIF.
Namun PIF memilih 4 kelab yang lebih besar dengan memiliki jumlah penyokong lebih banyak. Di mana PIF menjadi pemegang saham sebanyak 75% dalam kelab tersebut.
Sebagai rekod, Al Shabab musim lalu mencatatkan purata kehadiran penyokong di bawah 5,000 untuk setiap hari perlawanan.
Khalid Al Baltan menegaskan bahawa, kini di Arab Saudi persaingan bola sepak bakal didominasi 4 kelab yang mendapat dana PIF yang tidak ada hadnya.
Menurut Presiden Al Shabab, Al Baltan, bagi kelab lain bukan di bawah PIF, mereka perlu mencari wang sendiri ataupun mereka hanya mampu menjadi pasukan kecil dan biasa sahaja.
Sedangkan 4 kelab itu pula sudah dilihat sebagai super team di Arab Saudi dan Asia. Jurang kini semakin jauh.
Kelab Al Shabab antara kelab yang cuba mendapatkan bintang dari kelab Eropah. Mereka berunding dengan Willian dan sedia membayar pemain itu €200 ribu seminggu.
Dengan jumlah kutipan hari perlawanan yang sangat kecil dan populariti yang tidak besar, kelab pastinya bergantung kepada dana pemilik atau pendapatan kelab semata mata.
Berbanding dengan kelab kelab di bawah PIF di mana pemain pemain mereka dibiayaai dananya oleh kerajaan. Seterusnya amat sukar untuk berunding dengan pemain di luar Arab Saudi sekarang kerana pemain pemain ini mulai mengharapkan gaji yang sangat besar.
Kerana mereka memikirkan bahawa semua kelab di Arab Saudi banyak duit dan milik PIF.
Khalid berkata: “Kamu baru menyebut bahawa kelab kelab di Arab Saudi telah menaikkan lagi perbelanjaan mereka kepada 3 kali ganda. Mereka di luar sana ingat semua kelab ini milik PIF.”
“Mereka fikir Al Shabab adalah kelab di bawah tanggungan PIF. Mereka silap. Kami bukan milik PIF.”
“Untuk kelab seperti kami, jika kamu tidak ada duit, maka kamu hanya menjadi kelab biasa biasa sahaja [dan pemain luar tak pandang].”
“Ianya tahun yang sukar untuk kami kerana sangat sukar untuk berunding untuk mendapatkan pemain baharu.”