Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menolak permohonan TRW Kelantan FC untuk mendaftar empat pemain import baharu selepas jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ditutup.

Perkembangan itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman menerusi laporan dalam Berita Harian.cheap jordan 4nike air max 270 salewomen’s adidas sneakers on salecustom basketball jerseyshockey jersey customizernike air max correlateass sex toyjordan nike airCustom Football Jerseysbest jordan 4adidas ultra boostcustom jerseysadult sex toyscowboys jerseycustom football uniforms

Situasi itu sekaligus menjawab persoalan peminat mengenai ketiadaan empat pemain baharu yang ditandatangani oleh Kelantan iaitu Aliakbar Ahmadi, Allie Sisse, Ahmed Magdy dan Dennis Bushening.

Noor Azman menjelaskan FAM telah membuat rayuan buat kali kedua kepada FIFA selepas badan induk bola sepak dunia itu menolak rayuan pertama.

“Selepas tarikh tutup (jendela perpindahan kedua Liga Malaysia) 1 Ogos itu, Kelantan tak dapat mendaftar. Jadi pihak FAM mengambil insiatif yang mana kita memohon semula kepada FIFA pada 4 Ogos.

“Ia bagi melanjutkan tempoh pendaftaran yang sebelum ini kita buka kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dengan tarikh tutup pada 1 Ogos lalu.

“Kita menerima maklum balas daripada FIFA pada 5 Ogos yang mana permohonan kita ditolak disebabkan tempoh itu. Oleh itu Norizam Tukiman (pemilik Kelantan FC) menghubungi kami, kita bantu sekali lagi untuk merayu semula, kali kedua.

“Tetapi sampai hari ini kita masih belum dapat lagi (jawapan) untuk rayuan kali kedua kepada FIFA,” katanya seperti dilaporkan sebuah stesen TV swasta.

Malaysia Football League (MFL) sebelum ini mengumumkan perintah sekatan perpindahan pemain Kelantan telah ditarik balik selepas mereka menerima segala dokumen yang diperlukan.

Bagaimanapun, Kelantan masih perlu menghadapi sekatan perpindahan daripada FIFA yang telah menolak semua perdaftaran pemain import baharu.

Difahamkan penolakan itu berpunca daripada kes tunggakan gaji pemain import dan pemecatan bekas jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon Sik pada musim ini.

Ejen Moon Sik sebelum ini mendedahkan terdapat pemain mempunyai tunggakan gaji selama dua bulan dan mereka telah pun memenangi kes FIFA.