Berdasarkan tarikh pengumuman kemaskini ranking FIFA yang telah dikeluarkan, 17 Mei 2018 adalah tarikh bagi kemaskini FIFA Ranking bagi bulan Mei 2018.

Melihat kepada perkembangan FIFA Ranking terutama dari pasukan-pasukan kebangsaan Asia Tenggara, Vietnam kini jelas berada dalam kelas tersendiri apabila dijangka akan terus naik ke kedudukan 102 dunia!

Jika sebelum ini ramai diantara peminat bola sepak Malaysia yang terkejut dengan kedudukan FIFA Ranking India yang telah berjaya memecah masuk ke Top 100, tidak lama lagi kita juga bakal menyaksikan Vietnam akan mampu untuk menempatkan diri dalam 100 pasukan terbaik dunia.

Nota: India diramal akan berada di kedudukan 97 dunia pada kemaskini Mei 2018 nanti.

Berdasarkan pengiraan, Vietnam dijangka mengutip 334 mata, dibelakang Libya dan Qatar yang masing-masing diramal menghuni ranking 100 dan 101 dunia.

685442f6101ad77cf8e8b0724f30c745-sld

Selain itu, mengekori rapat Vietnam adalah Filipina, dijangka mengumpul 289 mata dan berada dikedudukan 111 dunia, manakala Thailand pula dilihat akan menghuni kedudukan 122 dunia dengan pungutan 253 mata.

Inilah 3 buah negara dari Asia Tenggara yang telah layak untuk beraksi dalam pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2019 yang akan berlangsung di UAE nanti.

FIFA Ranking Malaysia Diramal Tidak Berganjak

Kedudukan skuad Harimau Malaya pula dilihat tiada sebarang perubahan dan akan kekal di ranking 170 dunia dengan pungutan 104 mata dan berada dibelakang Myanmar, Indonesia serta Kemboja.

Agak menarik apabila New Caledonia juga dilihat akan berada 14 anak tangga (156) lebih baik dari Malaysia, dimana pada 22 Jun 2016, skuad negara pernah menewaskan pasukan New Caledonia dengan keputusan 2-1 hasil gol dari Amirulhadi Zainal dan juga Baddrol Bakhtiar.

02zquian.transformed

Pada ketika itu, New Caledonia menghuni FIFA Ranking 183 dunia berbanding Malaysia di kedudukan 173 dunia.

Pada kemaskini FIFA Ranking Mei 2018 ini nanti, berdasarkan ramalan yang dibuat, Malaysia adalah pasukan ke 7 terbaik di rantau Asia Tenggara.

Walaubagaimana pun, kedudukan FIFA Ranking bukan menggambarkan 100% prestasi semasa sesebuah pasukan tetapi boleh dijadikan sebagai indikator untuk melihat konsistensi sesebuah pasukan.