Selepas FIFA mengumumkan kedudukan terkini ranking semalam, pasukan Thailand melonjak 4 anak tangga ke ranking 106 dunia dan muncul sebagai sebuah pasukan ASEAN yang paling banyak meningkat.

Vietnam pula bergerak naik 1 tangga ke ranking 92 dunia dan merupakan satu-satunya pasukan dari ASEAN yang kini berada dalam kelompok Top 100 dunia dengan kutipan 1258.06 mata.

DPR Korea yang kini berada dikedudukan 109 dunia pula, menjadi pasukan di Asia yang paling banyak mempamerkan peningkatan kedudukan ranking kali ini selepas melonjak 6 anak tangga dengan kutipan 1169.96 mata.

FIFA Ranking

Manakala, skuad Malaysia pula kekal pada ranking ke 153 dunia dengan pungutan 1040.02 mata setakat kemaskini terbaru oleh FIFA semalam.

Kedudukan ranking ini tidak memberikan isyarat berkaitan prestasi semasa mana-mana pasukan kerana ia adalah data yang dibuat secara kolektif dalam tempoh beberapa tahun.

Jadi, bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, keputusan perlawanan itu adalah  lebih penting berbanding kedudukan ranking yang kebiasaannya akan memberikan impak ketika undian sesuatu kejohanan rasmi bagi menentukan balang undi.

Dimana Kedudukan Pasukan Bahrain Dan UAE?

Pada ketika ini, pasukan Bahrain menghuni tangga ke 99 dunia, manakala UAE pula pada ranking ke 73.

Selepas lebih setahun tanpa pertandingan kompetitif antarabangsa, perlawanan pemanas badan berdepan Bahrain mungkin bakal menjadi ‘reality check‘ kepada Tan Cheng Hoe untuk memperkemaskan lagi pasukan sebelum turun berdepan UAE.

Piala Asia 2023, Bring It On!

Teruskan membaca artikel-artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda. Salam Jumaat!

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021

Penjaga Gol Utama Vietnam Tiba Di Jepun, Dang Van Lam Siap Sedia Beraksi Untuk Cerezo Osaka

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Sumber