Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan sudah memberikan lampu hijau kepada FA Thailand berkenaan permintaan untuk meluluskan 3 jendela perpindahan dalam musim 2020/2021.
Dengan kelulusan itu, pasukan dalam saingan Thai League boleh melepaskan atau mengambil pemain baru sebelum saingan disambung semula pada bulan September nanti.
Jendela perpindahan kedua musim 2020/2021 itu akan bermula dari 25 Ogos hingga 7 September 2020, manakala jendela perpindahan ke-3 pula akan bermula pada 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.
Walau bagaimanapun, pemain dalam saingan Thai League hanya dibenarkan untuk beraksi dengan maksimum 2 buah kelab sahaja dalam satu musim.
FIFA have approved Thai FA`s request for 3 transferwindows for the 2020/21-season. The 2nd will be open between August 25 and September 7, and the 3rd between December 28 and January 10.
Players can still only play for 2 clubs in one season. pic.twitter.com/jn5kdQOH0P— Svein Falk Lorentzen 🇧🇻🇹🇠(@SveinFalk) April 30, 2020
Turut dijangkakan, saingan Thai League akan bermula sekitar 12 September 2020 iaitu 135 hari dari sekarang dan ini merupakan satu tempoh yang cukup lama untuk pemain dan pasukan melakukan pelbagai perancangan dan persiapan menjelang perlawanan yang akan disambung nanti.
Buriram United, Trat FC dan beberapa lagi pasukan dilihat sudah mula melepaskan pemain-pemain mereka dan diramalkan akan mula mengambil pemain baru untuk persiapan baki saingan Thai League itu nanti.
Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi