Jaringan harak jauh pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj ketika menentang Selangor dalam saingan Liga Super masih menjadi bualan ramai pihak khususnya di laman media sosial.
Baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) juga tidak ketinggalan untuk mengiktiraf jaringan Sean dimana mereka menyenaraikan gol tersebut dalam senarai tiga gol terbaik yang dijaringkan dari serata dunia minggu lalu.
“Kita mulakan minggu kita dengan beberapa magis hari Isnin. Adakah salah satu daripada gol gol ini akan menjadi calon Puskas?“ tulis FIFA.
3⃣ – Sean Selvaraj for @nsfc1923 in @MFL_MY 🏹pic.twitter.com/00iBER4fzS
— FIFA (@FIFAcom) August 2, 2022
Sebelum ini, jaringan jarak jauh bekas pemain Selangor itu bukan saja memberi kemenangan kepada pasukannya namun turut menarik perhatian media bola sepak ternama iaitu B/R Football.
B/R Football memuat naik gol jaringan Sean Selvaraj di laman media sosial Twitter mereka dan perkara ini juga mendapat sambutan hangat dari peminat bola sepak tanah air.
Meanwhile in Malaysia ☄️
(via @MFL_MY)pic.twitter.com/uVgVXVSbRG
— B/R Football (@brfootball) July 31, 2022
Selain jaringan Sean yang tersenarai, dua lagi gol turut menarik perhatian FIFA iaitu jaringan oleh Francisco Gonzalez Metili untuk Atletico Cordoba yang dihasilkan menerusi voli terbang dan Nathan Lowe yang bermain untuk Kiddeminster Harriers.
Tidak mustahil jaringan Sean tersenarai bagi Anugerah Puskas bagi tahun ini memandangkan ada pemain dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah tersebut.
Pada 2016, Mohd Faiz Subri mencipta sensasi apabil memenangi Anugerah Puskas menerusi jaringan sepakan percuma jarak jauh ketika perlawanan Liga Super antara Penang menentang Sri Pahang.
Faiz Subri mengetepikan pemain dari Brazil, Marlone dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk memenangi antara anugerah berprestij dalam dunia bola sepak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa
Liga Super 2022: Sean Selvaraj Pastikan Selangor ‘Layu’ Di Laman Sendiri