Sentuhan jurulatih interim, Dato’ Dollah Salleh terus memberikan aura positif buat Sri Pahang selepas berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) pada aksi Liga Super Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut selepas mereka menewaskan Selangor dengan jaringan yang sama pada hari rabu lalu.
Andres Steven Rodriguez jelas menjadi watak utama pada perlawanan ini dengan dua jaringan yang dihasilkannya yang sekali gus menambah derita skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.
32' GOL | Steven Rodriguez membuka tirai jaringan di Stadium Darul Makmur dengan sepakan lambung yang menewaskan Ifwat Akmal.@OfficialPahang 1-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/nKLN1LY4sm
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 1, 2022
Dollah mengakui beliau sangat berpuas hati dengan prestasi penyerang import dari Colombia itu selepas menjaringan 4 gol daripada 3 perlawanan yang diharungi. Rodriguez sebelum ini mengalami kemerosotan prestasi ketika dibawah kendalian Christophe Gamel.
“Kita dapat lihat peningkatan mendadak Rodriguez kerana kita bagi kebebasan kepadanya pada setiap perlawanan.
“Hasilnya dia berjaya menjaringkan gol, sekali gus Sri Pahang mencatat dua kemenangan berturut-turut,” kata Dollah dipetik dalam Berita Harian.
What a game! 🟡🔵#WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #hakkaclo #PosMalaysia pic.twitter.com/8g9EqTBKFn
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) August 1, 2022
Selepas mengharungi 13 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata. Mereka berpeluang berada dalam kedudukan lima teratas jika konsisten mengutip 3 mata dalam baki perlawanan yang akan datang.
Dollah juga turut memuji disiplin tinggi yang dipamerkan oleh barisan pertahanan apabila mengekal rekod tanpa bolos dalam dua perlawanan berturut-turut.
“Semua pemain dapat bermain dengan baik terutama pada babak kedua sekali gus membantu mengutip tiga mata di halaman sendiri.
“Prestasi menurun terutama sepanjang 20 minit bermula pada babak kedua. Tetapi, gol kedua yang dijaringkan melonjakkan kembali semangat dan kebangkitan yang dilakukan pemain.
“Saya bangga dengan semua pemain kerana mereka kekal menunjukkan displin tinggi iaitu bertahan walaupun masih melakukan kesalahan,” katanya.
Kedudukan berubah di separuh masa kedua apabila Rodriguez tidak menunggu lama untuk melepaskan rembatan susulan selepas percubaan awal Manuel Hidalgo ditepis Ifwat sekaligus memastikan skuad Tok Gajah mencatatkan kemenangan 2-0.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa
Liga Super 2022: Berpesta Jaringan Di SSI, JDT ‘Pukau’ KL City
Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka
Sinar Baharu Buat Respect FC, Syarikat Konglomerat Antarabangsa Ambil Alih Pasukan