Naib juara saingan J1 League 2019, FC Tokyo diramalkan akan membawa seorang pemain sayap dari kelab Bangkok United untuk menyertai pasukan dalam saingan J.League musim 2020.
Pemain yang dimaksudkan adalah Anon Amornlersdak yang berusia 22 tahun dan telah beraksi dalam 25 penampilan serta menjaringkan 5 gol dalam saingan liga Thai League 1 musim 2019.
Dari pengamatan kami, pengambilan pemain dari Bangkok United ke FC Tokyo ini adalah satu manfaat yang baik diterima oleh pemain-pemain serta kelab dimana ini adalah hasil dari kerjasama kedua-dua buah kelab membantu pembangunan pelbagai aspek baik di Thailand atau pun Jepun.
Ketika ini, seorang pemain Bangkok United sedang beraksi bersama pasukan FC Tokyo U23 dalam saingan J3 League 2019 iaitu Nattawut Suksum dan tempatnya akan digantikan oleh Anon Amornlersdak bagi musim 2020.
Sebelum itu, Jakkit Wachpirom telah bersama skuad yang sama selama 2 musim dan berjaya turun beraksi serta menjaringkan gol untuk FC Tokyo U23, selain beberapa lagi pemain berusia 17 tahun yang dihantar menyertai latihan bersama skuad akademi FC Tokyo.
Jakkit Wachpirom juga turut mencipta rekod sebagai pemain Thailand pertama menjaringkan gol dalam saingan J.League pada musim 2017. Saksikan video jaringan Jakkit Wachpirom dibawah.
Baca juga artikel lain berkaitan Thailand dan J.League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Thai League: DAZN Sedia Bida Hak Penyiaran Dengan Harga RM276 Juta Semusim Mulai 2021
Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.