FC Midtjylland meraih kemenangan besar apabila menewaskan FC Copenhagen dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan saingan Danish Superliga Ahad lalu.
Dalam perlawanan tersebut, pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools beraksi penuh selama 90 minit sekaligus menambah minit bermain beliau bersama Midtjylland.
Dion Cools helped Midtjylland beat Copenhagen 4-0 on Sunday. pic.twitter.com/Q6dQZrmgYn
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) November 9, 2020
Dion Cools bersaing hebat dengan seorang lagi pemain pertahanan kanan, Joel Andersson bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Brian Priske itu.
Priske masih belum mempunyai pemain tetap bagi mengisi posisi pertahanan kanan dimana beliau menurunkan Andersson dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu lalu dan kemudiannya beliau menurunkan Dion pada perlawanan Ahad lalu.
Ikke dårligt 🥳#FCMFCK | #sldk pic.twitter.com/sjcsvoLPWR
— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) November 8, 2020
Kemenangan ke atas Copenhagen menjadikan FC Midtjylland kini menduduki tangga kedua dalam saingan Danish Superliga dengan kutipan 16 mata, satu mata di belakang pendahulu, SønderjyskE Fodbold.
Pada perlawanan seterusnya, Midtjylland akan turun menentang Aarhus Gymnastikforening di tempat lawan pada 22 November ini.
Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:
UCL: Johan Dion Cools Kecewa FC Midtjylland Tewas Kepada Ajax Amsterdam
FC Midtjylland Raih Kemenangan, Johan Dion Cools Beraksi Penuh 90 Minit
Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium