Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools beraksi penuh 90 minit pada perlawanan Danish Superliga antara FC Midtjylland menentang Brøndby IF.
Midtjylland berjaya memenangi perlawanan yang berlangsung di tempat lawan, dimana mereka bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum bangkit dan menang dengan keputusan 3-2.
FC Midtjylland made a 3-2 comeback win against Brondby on Saturday with Dion Cools playing the whole 90 minutes.
Midtjylland will face Liverpool in UEFA Champions League next. pic.twitter.com/gECEXhsPnJ
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) October 26, 2020
Brøndby terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Andreas Bruus pada minit ke-16 dan Jesper Lindstrøm pada minit ke-51.
Midtjylland kemudiannya melakukan kebangkitan bermula dengan jaringan Anders Dreyer pada minit ke-62. Pione Sisto menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 sebelum jaringan sendiri Marvin Schwäbe pada minit-minit akhir perlawanan memberikan kemenangan kepada Midtjylland.
Sviatchenkos forløsende sejrsmål, i det absolut sidste sekund af kampen ✊#BIFFCM | #sldk pic.twitter.com/tj55staXq0
— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) October 25, 2020
Kemenangan ke atas Brøndby meletakkan Midtjylland di tangga kedua dengan kutipan 13 mata, hanya dibezakan dengan jumlah jaringan di belakang pendahulu, SønderjyskE.
Pada perlawanan Danish Superliga seterusnya, FC Midtjylland akan turun berdepan FC Nordsjælland di laman lawan.
Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools dan FC Midtjylland di sini:
Johan Dion Cools Berpeluang Berdepan Dengan Sadio Mane Dan Mohamed Salah
Kelab Johan Dion Cools Semakin Hampir Raih Slot Peringkat Kumpulan Saingan UCL
Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium