Berita mengejut datang daripada kem Kelantan apabila Ahmad Fazli Mohammad mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Ref Warriors Sdn Bhd berkuat-kuasa hari ini.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazli Mohammad:
“Selepas Termeterai Perjanjian pada 24 Januari 2019 bererti sebuah Syarikat diwujudkan dengan pihak kami menguasai majoriti 70% manakala Bibi Ramjani KAFA menguasai 30% didalam Syarikat yangg dinamakan Kelantan Red Warriors Sdn Bhd sebuah Syarikat yangg ditubuhkan dan dikuasai Bibi Ramjani sebelum perjanjian ditandatangani.
“Selepas perjanjian ditandatangani pada 24 Januari 2019, KAFA wajib menyerahkan kuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Kelantan Red Warriors Sdn Bhd kepada saya termasuklah akaun bank,buku cek serta dokumen berkaitan kontrak pemain, penajaan serta hutang-hutang lama dan hutang gaji bekas pemain Kelantan sepertimana yangg tercatat dalam dokumen perjanjian.
“Kami sedar segala proses penyerahan seperti diatas pasti mengambil masa mungkin seminggu, sebulan mahupun dua bulan bergantung kepada selaju mana pihak Bibi Ramjani dan KAFA menguruskan segala dokumen untuk penyerahan kuasa.
Dalam jangka masa itu KAFA Masih bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus mentadbir pasukan bolasepak Kelantan.
“Pada 2 Februari 2019, Kami sedar kedudukan kewangan KAFA dan kami bersetuju untuk meminjamkan sejumlah Wang untuk membantu membayar gaji pemain skuad Liga Premier Kelantan menggunakan cek akaun syarikat kami sendiri.
Selepas itu, gendang KAFA sudah dipalu dengan mengatakan segala hutang-piutang lama, hutang gaji bekas pemain dan gaji pemain sedia ada hendaklah dituntut dengan KRW Sdn Bhd sedangkan Bibi Ramjani sedar yang pihaknya belum menyerahkan segala dokumen dan akaun bank KRW Sdn Bhd yang masih dikuasai Bibi Ramjani dan belum diserahkan kepada saya.
“Untuk pengetahuan, hasil kutipan tiket perlawanan antara Kelantan menentang Sabah berjumlah Rm130k juga diambil sepenuhnya oleh KAFA bukannya diberikan kepada KRW Sdn Bhd kerana KAFA sendiri sedar bahawa KRW belum lagi berfungsi dan KAFA pun belum menyerahkan segala dokumen sepertimana yang diminta ketika itu.
“Kalau akaun bank pun saya tidak tahu dan buku cek pun saya tak pernah tengok dan pegang, bagaimana kita nk uruskan kemasukkan dan pengeluaran Wang serta pembayaran yangg lain!!! Dokumen pertama yang saya terima selepas perjanjian ditandatangani ialah kontrak pemain skuad Kelantan pada 6/3/2019 di Kuala Lumpur dan kontrak penajaan pada 28/3/2019 Di Kota Bahru.
“Pada 6/3/2019 Saya pernah tegaskan dalam pertemuan kami dibangsar Kuala Lumpur kepada Bibi Ramjani, Timbalan Presiden, Datuk Affendi, Naib Presiden KAFA Tuan Nik serta Setiausaha KAFA dihadapan peguambela dan rakan kongsi kami yang saya akan menarik diri dan membatalkan perjanjian yang sudah ditandatangani kerana sudah tidak boleh berkompromi dgn sikap acuh tak acuh dan sikap sambil lewa serta tidak serius Bibi Ramjani Dan KAFA dalam penyerahan kuasa dan dokumen sepertimana yang diminta.
“Dalam masa yang sama juga timbul lagi hutang-hutang KAFA yangg tidak Ada didalam senarai dokumen perjanjian Kami.
Saya telah meminta peguam saya selepas pertemuan 6 Mac 2019 itu untuk mengurus dan menyediakan dokumen pembatalan perjanjian yangg ditandatangani jika pihak Bibi Ramjani Dan KAFA masih gagal menyerahkan segala yangg diminta pihak Kami selewat-lewatnya 25 Mac 2019.
“Selepas saya pulang ke Kuala Lumpur pada 31 Mac ,2019 saya mendapat khabar Bibi Ramjani baru menyerahkan buku cek akaun Kelantan Red Warriors Sdn Bhd. 3 April 2019, letih tepatnya pada jam 4:30 petang saya dapat juga memegang dan melihat rupa bentuk buku cek Kelantan Red Warriors Sdn Bhd yangg dikirimkan melalui pegawai saya.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan hebat saya yangg sentiasa menyokong, begitu juga buat Kelab Gendang Kelantan serta Ultras Kelantan dan semua kelab-kelab penyokong yg lain.
“Tanpa akaun bank dan tanpa buku cek syarikat semestinya tiada kemasukkan wang Dan tiada pembayaran yang boleh dilakukan. Cukuplah selama dua bulan pihak saya dipersalahkan demi menutup kelemahan pihak lain.
“Yang pasti, walaupun RM1 pihak saya tidak pernah mengambil ataupun menerima dari pihak KAFA malahan pihak saya dan rakan-rakan telah meminjamkan dan mendahulukan beberapa bayaran bagi pihak KAFA berjumlah mencecah RM400k dalam tempoh masa dua bulan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat pengurusan KAFA. In Sha Allah pengurusan yangg profesional dapat meletakkan kembali skuad Kelantan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan hebat yg lain dalam liga Malaysia ini. Saya yakin Kelantan adalah lubuk pemain-pemain tempatan yang cukup berbakat lagi hebat.
Terima kasih buat Puan Bibi Ramjani serta barisan exco KAFA. Saya dengan rendah diri meletak jawatan saya sebagai CEO Kelantan Red Warriors Sdn Bhd dan Naib Presiden KAFA berkuatkuasa serta merta.
TERIMA KASIH
Ahmad Fazli Mohammad
3/4/2019