Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menyatakan mereka menunggu keputusan ketua jurulatih, Akira Nishino mengenai barisan pemain yang akan dibawa bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Baru-baru ini, Pemangku Setiausaha Agung FAT, Parit Suphaphong berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam menentukan barisan yang akan beraksi dalam saingan edisi kali ini.

FAT
Bahrain v Thailand during their AFC Asian Cup UAE 2019 group A match at Al Maktoum stadium on 10 January 2019, in Dubai, UAE. Photo by Stringer / Lagardere Sports

Ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19), perlawanan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda ke satu tarikh yang belum ditentukan dan perkara ini nyata memberi impak besar terhadap persiapan skuad Gajah Perang.

“FAT perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Disebabkan pandemik ini, para pemain tidak dapat menjalani sesi latihan.

“Kami perlu menunggu saingan kembali disambung serta menunggu kata putus daripada ketua jurulatih, Akira Nishino mengenai pasukan yang akan dibawa,” kata Parit Suphaphong.

Thailand
Chanathip mungkin tidak dapat beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun ini. Sumber Gambar: Changsuek

Patit turut memberi bayangan bahawa barisan pemain yang akan dibawa bukanlah satu barisan terkuat dimana beberapa pemain mungkin tidak dapat menyertai pasukan.

“Nasib pasukan ini bergantung sepenuhnya terhadap Akira. Kami percaya beliau mempunyai perancangan yang tersendiri,” tambahnya.

Pemain yang berpangkalan di Jepun seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan berkemungkinan besar tidak akan beraksi dalam saingan edisi kali ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Pemain Thailand Di J. League Kongsi Rutin Harian Ketika Tempoh “Lockdown”

Bekas Pemain Thailand, Sarawut Masuk Muncul Kembali, Minta Bantuan FAT Selesaikan Masalah Hutang

Thitipan Puangchan Tidak Boleh Lupakan Kekalahan Kepada Malaysia Di Saingan Piala AFF 2018