Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mempunyai beberapa perancangan sekiranya penularan wabak Coronavirus (COVID-19) terus memberi kesan terhadap saingan bola sepak tempatan.

Presiden FAT, Somyot Poompunmuang berkata pihaknya mempunyai perancangan antaranya beraksi tanpa penonton dan saingan liga hanya diadakan satu pusingan sahaja.

FAT
Sumber Gambar: BG Pathum United

“FAT dan Thai League telah membuat pemantauan rapi setelah kerajaan membuat pengumuman (perintah darurat).

“Kami mempunyai beberapa perancangan, salah satu daripadanya ialah beraksi tanpa penonton. Kami juga sedang mempertimbangkan untuk meneruskan saingan liga dengan satu pusingan sahaja.

FAT
Sumber Gambar: Police Tero FC

“Sekiranya kita terpaksa melanjutkan penangguhan liga, beraksi satu pusingan akan mengurangkan jumlah perlawanan. Tetapi masih banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum mengambil mana-mana keputusan,” kata Somyot.

Tambah Somyot, saingan liga hanya akan diteruskan jika penularan wabak COVID-19 sudah dihapuskan dan pihak kerajaan memberi jaminna keadaan sudah pulih seperti sebelumnya.

Ketika ini, FAT menunda saingan Thai League sehingga 2 Mei 2020.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

Saingan Thai League Ditunda Sehingga 2 Mei 2020

8 Buah Kelab Thai League Miliki ‘In-House Production’ Jersi, ‘Freedom’ Hasilkan Produk Mengikut Demografik

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3