Selepas tamat 2 perlawanan pertama pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia dan UAE, pemain-pemain skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan kembali meneruskan aksi diperingkat domestik bersama pasukan masing-masing.
Perlawanan seterusnya adalah pada 10 Oktober 2019 dimana Malaysia akan bertandang ke Hanoi bertemu Vietnam dalam perlawanan ke-3. Tempoh kira-kira sebulan itu dilihat mampu mengundang kemerosotan momentum serta prestasi semasa pemain dalam pasukan kebangsaan.
Kami berjaya mendapatkan komen dari kapten pasukan kebangsaan Malaysia, Farizal Marlias mengenai perkara ini usai perlawanan bertemu UAE, Selasa lalu.
Dari sudut pandangan beliau, pemain-pemain dalam skuad sekarang perlu lebih konsisten mampamerkan prestasi tinggi dalam saingan liga domestik, dan inilah kunci sebenar bagaiamana pemain-pemain ini akan terus kekal berada ditahap terbaik.
“Bagi saya, kita kena konsisten dalam liga domestik supaya prestasi semasa mereka terus meningkat. Kita tahu international level sangat laju dan untuk dapatkan level itu, kita harus bermain di peringkat kelab dengan high intesity juga.
“Saya harap pemain-pemain dapat kekalkan prestasi dan terus konsisten dalam saingan domestik”, jelas beliau lagi.
3 mata dikutip oleh pasukan Malaysia selepas 2 perlawanan dalam kumpulan G, dan kini berada dikedudukan ke-3 dibelakang Thailand (4mata) dan UAE (3mata).
Bagaimana pergerakan mata FIFA Ranking Malaysia selepas tamat 2 perlawanan tempoh hari? Baca artikel dibawah untuk jawapannya.
Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia
Ketahui Impak Mata FIFA Ranking Perlawanan Persahabatan Malaysia Bertemu Jordan