Rayuan yang dikemukakan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membabitkan hukuman denda pembakaran suar oleh para penyokongnya telah ditolak.
Baca Juga:
- TMJ: Kejohanan Eropah Macam Serie A Pun Ada Bakar Suar
- JDT Didenda RM120,000 Kerana Bakar Suar Di Stadium Sultan Ibrahim
- MFL Akui Berhutang Dengan JDT, Namun Atas Persetujuan TMJ
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh CP (Bersara) Dato’ Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff bagi membincangkan sebanyak 4 kes.
Bagi tiga kes pertama iaitu membabitkan penyokong JDT membakar suar, hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman, menjelaskan surat hukuman denda bagi kesalahan-kesalahan tersebut sebenarnya sudah dihantar ke JDT pada 31 Mei 2023 untuk memaklumkan keputusan yang telah diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu pada 30 Mei 2023.
Bagi perlawanan Liga Super 2023, JDT lwn Sabah FC pada 31 Mac 2023, JDT telah didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya melakukan pembakaran suar dalam anggaran sebanyak 10 unit dan didenda RM10,000 kerana JDT telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.
Seterusnya, bagi perlawanan Liga Super 2023, JDT lwn Kedah Darul Aman FC pada 9 April 2023, JDT telah didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya membakar suar secara serentak dengan jumlah lebih kurang 30 unit dan didenda RM10,000 kerana JDT telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.
Sementara bagi perlawanan Piala FA 2023, JDT lwn PDRM FC pada 14 April 2023, JDT telah didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya menyalakan 29 unit suar secara serentak dan didenda RM10,000 kerana JDT telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.