Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengesahkan Malaysia tidak akan sertai Indonesia dan Australia untuk membida bagi mendapatkan hak tuan rumah Piala Dunia 2034.
Baca Juga:
- Indonesia Ajak Malaysia, Australia, Singapura Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034
- Media Australia Cadang Malaysia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034
- Bida Piala Dunia 2034, Arab Saudi ‘Claim’ Dapat Sokongan 70 Ahli FIFA
Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (Erick Thohir) sebelum ini berkata mereka sedang mengkaji kemungkinan untuk menjemput Malaysia dan Singapura menjadi tuan rumah bersama.
Ini kerana Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah menjemput negara dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) untuk membida hak tuan rumah Piala Dunia untuk tahun 2034.
Erick Thohir melihat peluang untuk negara Asia Tenggara jadi tuan rumah Piala Dunia nampak cerah selepas negara Timur Tengah seperti Qatar sudah pun menjadi tuan rumah tahun lepas.
Bagaimanapun, Hamidin berkata FAM memberikan sokongan penuh kepada Arab Saudi untuk jadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
“Kita (Malaysia) tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai penganjuran Piala Dunia 2034 dengan sesiapa. Kita juga tidak berhasrat untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia dalam masa terdekat.
“Kita menyokong bidaan Arab Saudi dengan sokongan majoriti negara AFC. Kita percaya Arab Saudi boleh menjadi tuan rumah Piala Dunia yang berjaya,” jelas Datuk Hamidin.
Sebelum ini, sebuah portal akhbar dari Australia, The Sydney Morning Herald berpendapat Malaysia layak jadi tuan rumah Piala Dunia 2034 bersama Singapura.
Malaysia dan Singapura dilihat sebagai calon yang sesuai untuk menjadi tuan rumah kerana faktor keamanan dan mempunyai fasiliti sukan yang baik.