Baru-baru ini timbul khabar angin di media sosial mengatakan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang terletak di gambang, Pahang akan ditutup buat selama-lamanya termasuk pembubaran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).
Perkara ini timbul apabila terdapat pihak cuba melobi supaya program tersebut ditutup sekaligus menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Namun begitu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar melalui satu kenyataan dalam Bernama menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan badan induk bola sepak negara sentiasa mengutamakan pembangunan akar umbi.
“Kalau ada cerita hendak tutup NFDP itu tidak benar, kita (FAM) memang sentiasa memikirkan soal pembangunan. Pembangunan ini kita tidak akan dapat (hasil) hari ini, esok kita dapat hasilnya dan jika usaha itu sesuatu yang memang bagus kita akan teruskan.
“Program ini juga melibatkan banyak parti, kerajaan, MSN, KBS dan sebagainya. Memang kita alu-alukan (program diteruskan) dan kalau kita perlu tambah baik, kita akan buat,” katanya kepada Bernama.
AMD MANFAAT TEKNOLOGI CATAPULT KE ARAH AKADEMI BOLA SEPAK BERTARAF DUNIA pic.twitter.com/dJkUzXkOZb
— NFDP Official (@NFDPOfficial) October 22, 2021
Beberapa hari lepas AMD telah menerima pengiktirafan daripada firma bola sepak terkemuka dari Belgium iaitu Double Pass yang melakukan audit melalui FIFA Talent Development Program.
Double Pass merupakan sebuah badan yang menjadi merupakan rujukan antarabangsa berkenaan perbandingan penanda aras dan pembangunan bakat dalam sukan bola sepak.
Double Pass juga telah bekerjasama dengan hampir 700 kelab profesional dari Premier League, J.League, U.S. Soccer, Bundesliga serta banyak lagi.
Melalui sesi penilaian yang telah dijalankan sebelum, semua program-program pembangunan pemain yang telah dijalankan di AMD sepanjang tahun 2020 dan 2021 telah di nilai. Langkah ini juga bertujuan untuk meletakan AMD setaraf dengan Akademi Bola Sepak yang berada di seluruh dunia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Hanya 5,000 Hingga 20,000 Penyokong Dibenarkan Masuk Ke Stadium
Kuala Lumpur City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Kelab Gergasi Iran, Sepahan SC
Jaringan Park Tae-Su ‘Mendunia’, Pakar Cadang Hantar Ke Puskas
KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu