Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu lebih ramai anak muda terutamanya daripada masyarakat Cina untuk kembali memeriahkan suasana bola sepak Malaysia.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan persepsi sukan bola sepak hanya sekadar sukan dan bukannya satu kerjaya yang penting perlu diubah kerana kaum Cina sendiri memainkan peranan penting dalam membangunkan bola sepak Malaysia.
“Ini antara elemen yang saya bincangkan bersama Exco Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) dalam kunjungan hormat dan saya rasa persepsi ini harus diubah. Jika tidak dapat diubah 100 peratus, sekurang kurangnya 50 ke 60 peratus.
“Saya mahu tekankan supaya masyarakat Cina dapat lebih aktif dalam bola sepak seperti mana yang ditunjukkan pada era 70an dan 80an. Jadi, FAM akan turun sehingga ke peringkat akar umbi untuk menarik minat masyarakat Cina.
“Ini kerana kita mahu pastikan pembabitan masyarakat Cina seiring dan seimbang dengan kaum lain. Saya harap ahli gabungan beri penekanan kerana kita tidak mahu ada pihak ketinggalan. Ini adalah masa depan kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Pada masa yang sama, Datuk Hamidin turut menekankam kejayaan skuad B-19 tahun mara ke temasya AFC tahun hadapan boleh dijadikan inspirasi untuk meningkatkan kualiti pasukan negara.
“Mustahaknya, kita perlu konsisten kerana kita bukan setakat layak pada tahun ini tetapi tahun depan tidak dapat mengulanginya.
“Walaupun skuad B-23 dan B-19 kita gagal ke AFC tetapi saya yakin dua pasukan ini sememangnya kuat dan setaraf dengan pasukan Asia yang lain,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai FAM yang telah kami sediakan di sini: