Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan segala tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, kenyataan yang dikeluarkan oleh Asmirul hanya mahu menutupi kesilapan sendiri dan mahu menyalahkan pihak lain berkaitan isu tunggakan gaji pemain.

“YB Asmirul seolah mahu menyalahkan FAM dan MFL mengenai tunggakan gaji KFA dan memberi alasan bahawa pihaknya belum mengadakan perbincangan dengan para pemain Kedah disebabkan FAM dan MFL masih lagi belum menyediakan kata putus bilakah tarikh akan bermula kembali liga setelah bermesyuarat berkali-kali.

“Untuk makluman YB Asmirul, sebagai Setiausaha Kehormat KFA, sudah tentu beliau telah menerima tiga surat pemakluman mengenai penangguhan disebabkan PKP ini dan satu surat pemakluman mengenai perancangan liga daripada pihak MFL, kesemuanya telah di-emel kepada setiausaha-setiausaha ahli gabungan dan kelab bertanding dalam Liga Malaysia 2020,” kata Stuart.

Sebelum ini, Asmirul menjelaskan mengapa KFA menghadapi isu tunggakan gaji dimana pihak penaja meminta untuk menangguhkan pembayaran ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Selain menerima terguran daripada FAM, Asmirul turut menerima terguran daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TMJ Tampil Pertahankan JDT, Tegaskan Hanya Mahu Bela Nasib Pemain

Rufino Segovia Mahu Akhiri Karier Bersama Selangor

Mohamadou Sumareh Sambut Baik Kehadiran Liridon Krasniqi Dalam Skuad Kebangsaan