Khabar mengejutkan datang dari kem pasukan Terengganu apabila salah seorang pemain mereka, Faiz Nasir dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran sedak nafas yang dialami.
Perkara ini dikongsikan oleh adik Faiz menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya dan isteri pemain berusia 29 tahun itu turut berkongsi berita sama.
Menurut perkongsian Terengganu 11, Faiz Nasir mengalami sesak nafas sejak semalam, yang mungkin berpunca akibat daripada keracunan makanan yang dialami sebelum ini.
Bekas pemain Selangor itu masih belum membuat sebarang penampilan bersama Terengganu dalam saingan Liga Super dimana kelab dari Pantai Timur itu mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Petaling Jaya City dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kami di Vocket FC mendoakan agar Faiz cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan sekaligus kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Masih Gagal Selesaikan Tunggakan Gaji, Perak Dipotong Enam Mata Lagi
Saddil Ramdani Mahu Peminat Indonesia Hentikan Komen Negatif Terhadap Sabah
Asri Ninggal Ganti Tempat Risto Vidakovic Sebagai Jurulatih Sementara Melaka United