Pemain tengah Liverpool, Fabinho mengakui barisan pemain The Reds tidak memikirkan tentang pencabar-pencabar lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berbelanja besar bagi memantapkan pasukan.

Ketika Liverpool hanya mendapatkan pemain pertahanan, Ibrahima Konate pada ketika ini, pasukan-pasukan seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea dilihat berbelanja besar dalam membawa masuk pemain baharu.

Seperti diketahui, skuad kendalian Pep Guardiola baharu sahaja merekrut Jack Grealish dari Aston Villa dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta sekali gus menjadikan pemain tersebut sebagai pembelian termahal dalam sejarah pemain Inggeris.

Juara bertahan saingan EPL itu juga dikatakan mengalih tumpuan kepada Harry Kane untuk dijadikan sebagai pengganti kepada peledak berbisa, Sergio Aguero yang ke Barcelona.

Sementara itu, United sudah berjaya mendapatkan Jadon Sancho serta menanti kedatangan secara rasmi pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane manakala Chelsea pula semakin hampir untuk mendatangkan Romelu Lukaku ke Stamford Bridge.

Keadaan itu bagaimanapun tidak langsung mengganggu persiapan Fabinho dan kem Liverpool yang kembali mengintai peluang untuk memburu kejuaraan EPL pada musim baharu ini.

“Pasukan Liverpool ini telah memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah. Piala yang penting. Kami telah membuktikan kemampuan kami.” ujar Fabinho menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Kami tidak memberikan perhatian kepada pasukan lain,” ujar Fabinho menurut laporan dikeluarkan Goal.

“City merupakan juara Liga Perdana Inggeris dan Chelsea adalah pemenang Liga Juara-Juara Eropah. Pasukan Inggeris sentiasa kuat dan akan sering bersaing untuk mendapatkan piala. Tahun ini juga tidak akan berbeza.”

“Kami akan menjadi kuat, begitu juga dengan mereka. Diharapkan kami akan sedikit kuat [berbanding pasukan lain].”

“Kami tidak memberikan terlalu banyak perhatian kepada pasukan lain, kami akan fokus kepada pasukan sendiri dan bekerja keras untuk jadi yang terbaik,” tambah Fabinho lagi.

Baca artikel-artikel lain yang disedikan untuk anda:

MFL Umum Pindaan Terbaharu Jadual Aksi Liga Super, Liga Premier

Sasalak Cipta Sejarah, Jadi Pemain Thailand Pertama Dalam Tempoh 35 Tahun Beraksi Di Liga Korea

Perlawanan JDT Menentang Sabah Raih Lebih 150,000 Tontonan Di YouTube

Sumber