Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar semalam, yang membincangkan isu berkaitan dengan Coronavirus yang semakin serius.

Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan, FAT melalui presidennya, telah memutuskan bahawa semua saingan Thai League dari divisyen 1 hingga divisyen 4 akan diadakan secara tertutup tanpa penonton sepanjang bulan Mac 2020.

Walaupun sebelum ini pihak Thai League ada mengarahkan semua venue untuk menyediakan langkah-langkah pencegahan serta menggunakan kamera haba bagi memantau dan mengesan jika ada penonton yang berisiko tinggi, namun disebabkan penularan yang begitu pantas mereka memutuskan untuk ‘mengaktifkan’ langkah Tahap 2.

“Langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan kerana bola sepak adalah sukan yang melibatkan ramai orang. Dari pemain dan pegawai yang bekerja termasuk juga beribu penonton yang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan.”

“Dan berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan, semua perlawanan akan diadakan secara tertutup tanpa penonton efektif dari perlawanan pada 7 Mac sehingga 31 Mac 2020. Selepas itu, pemantauan akan dibuat dan keputusan akan dibuat untuk selepas tarikh tersebut.

“Bagi pasukan kebangsaan pula, kami perlu menunggu keputusan dari pihak AFC yang mengadakan mesyuarat pada hari Isnin.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Perolehan Perlawanan Ke-2 Saingan Thai League 1 Catat Peningkatan, Jana Hampir RM1,000,000 Di 8 Venue

Rekod ‘Goal-Ratio’ 96.2% Diogo Luis Santo Dalam Thai League Sukar Digugat, Dilabel Sebagai ‘Superhuman’

Thai League 1 Merekodkan ‘Revenue’ Semasa Perlawanan Pertama Liga Musim 2020 Berjumlah RM731,750