Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebelum ini telah mengumumkan bantuan tambahan kepada pasukan dalam saingan Thai League 2 untuk digunakan sebagai dana pembangunan di kelab masing-masing.
Secara keseluruhannya, peruntukan sebanyak THB17 juta atau RM2.33 juta akan diberikan kepada 17 buah kelab dalam saingan Thai League 2 musim 2019 untuk memperkemaskan pasukan dari pelbagai aspek sebagai persediaan untuk layak ke saingan Thai League 1.
Dana yang disalurkan melalui satu program yang dikenali sebagai ‘FA Development Program’ itu merupakan tambahan kepada wang yang telah diberikan oleh penganjur Thai League sebanyak THB3 juta atau RM411,000 kepada setiap pasukan.
Sokongan dalam bentuk kewangan dari ‘FA Developmet Program’ ini adalah untuk membantu pasukan kelab yang bersaing dalam pertandingan bola sepak profesional di Thailand disetiap peringkat seperti dibawah;
- Toyota Thai League (T1): THB5 juta / RM685,000
- M-150 Championship (T2): THB1 juta / RM137,000
- GSB Pro League (T3): THB1 juta / RM137,000
- GSB League (T4): THB1 juta / RM137,000
Objektif ‘FA Development Program’ oleh pihak FAT ini adalah untuk menaikkan lagi taraf pertandingan selain mempertingkatkan kemudahan atau fasiliti seperti padang, lampu limpah, bilik persalinan, bilik media dan lain-lain mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak AFC.
Beberapa contoh perancangan yang dibuat oleh kelab menggunakan dana tambahan yang diberikan oleh FAT melalui FA Development Program.
BG Pathum United: Merancang untuk memperbaiki tempat duduk penyokong dan menambah bilangan kerusi selari dengan pertambahan penonton.
Polis Tero FC: Mengubahsuai lantai dan menambah bilik VIP, memperbaiki beberapa struktur bilik, memasang air-cond termasuk hiasan dalaman.
Rayong FC: Membeli dan memasang kerusi amphitheater didalam stadium dikawasan berbumbung sekitar 800 buah kerusi.
Ayutthaya United: Menaiktaraf bilik persalinan selain mempertingkatkan kemudahan sekeliling padang dan juga kawasan tempat letak kereta. Selain itu mereka juga mahu menaiktaraf padang latihan.
Dalam perkembangan lain, mulai musim 2020 akan ada sedikit perubahan kepada saingan Thai League 2, dimana 2 pasukan – juara dan naib juara Thai League 2, akan layak secara automatik ke Thai League 1.
Pasukan yang menghuni tangga ke 3 hingga 6 akan bertarung dalam pusingan play-off dan juara akan menerima 1 slot terakhir layak ke saingan Thai League 1 musim berikutnya.
Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Top 5 Kelab Thai League 2 Catat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.