Pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dilaporkan akan memberikan bonus besar kepada skuad Thailand U23 selepas berjaya mencatatkan keputusan hebat membelasah pasukan Bahrain 5-0 dalam perlawanan pertama mereka 2 hari yang lalu.
FAT yang jelas gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak buah Akira Nishino itu bersetuju untuk membayar bonus berjumlah THB10 juta atau kira-kira RM1.35 juta ringgit.
Pengumuman bonus itu adalah untuk menaikkan semangat serta motivasi pemain-pemain menjelang perlawanan ke-2 yang lebih getir apabila mereka akan berdepan dengan Australia dan Iraq untuk melengkapkan perlawanan dalam kumpulan A.
Pasukan Thailand kini sedang cuba untuk mencari slot acara bola sepak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan penyertaan tahun ini adalah kali ke-3 buat mereka selepas tampil dalam edisi 2016 dan 2018 sebelum ini.
Kejohanan AFC U23 2020 ini akan menawarkan 3 slot ke saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dimana;
- Pasukan yang layak ke perlawanan akhir layak ke Sukan Olimpik 2020
- Sekiranya Jepun layak ke peringkat separuh akhir, 3 pasukan lain akan menerima slot ke Sukan Olimpik.
- Jika Jepun tidak layak ke peringkat separuh akhir, pemenang tempat ke-3 akan menerima slot terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Dari semua 16 pasukan yang beraksi dalam edisi 2020 ini, 3 daripadanya pernah muncul sebagai juara iaitu;
- Iraq: Juara edisi 2013
- Jepun: Juara edisi 2016
- Uzbekistan: Juara edisi 2018
Edisi kali ini juga hanya menyaksikan sebuah lagi negara dari Asia Tenggara layak ke pusingan akhir selain Thailand iaitu Vietnam yang berada dalam kumpulan D dan akan turun dalam perlawanan pertama mereka petang nanti.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Thailand Belasah Bahrain Pada Perlawanan Pembukaan Saingan AFC B-23 Tahun
Vietnam Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Saingan AFC B-23 Tahun