Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) PSSI Ahmad Riyadh menolak laporan bahawa Lionel Messi tidak akan datang ke Indonesia dan bermain dalam aksi pasukan kebangsaan Indonesia vs Argentina.

Baca Juga:

Beliau menganggap ianya cuma khabar angin dan mainan media semata mata.

Riyadh Yakin Messi Datang

Riyadh berkata tiada perbincangan secara dalaman di antara PSSI dan AFA mengenai Messi ‘tak akan bermain’ menentang Indonesia.

“Sampai hari ini komunikasi PSSI masih belum ada laporan rasmi Messi tidak akan datang, 100 peratus tidak ada, tidak ada perancangan seperti itu,” kata Riyadh.

Riyadh masih yakin bahawa Messi akan tetap mengetuai Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA di Stadium Gelora Bung Karno akan datang.

“Kami masih mengikut jadual, sehingga hari ini Messi masih dijadual menghadiri perlawanan itu,” kata Riyadh lagi.

Laporan media ESPN dan media Argentina

Sebelum ini dilaporkan, media Argentina berkata Lionel Messi tidak akan ke Indonesia kerana dia memerlukan percutian sebaik sahaja menyertai Inter Miami.

Akhbar media Argentina Vermouth Deportivo melaporkan Argentina akan bertemu Indonesia dengan ketiadaan Messi yang berhak untuk bercuti pada ketika ini.

“Argentina akan bertemu Australia terlebih dahulu dan menurut laporan, mereka kemudian akan bertemu Indonesia tanpa kehadiran Messi yang layak bercuti sebelum menyertai Inter Miami, kelab baharunya. ”

“Selepas perlawanan persahabatan ini, Albiceleste akan mula memikirkan tentang Piala Dunia 2026, dan cabaran pada pusingan kelayakan yang mereka akan hadapi nanti.”

Selain itu, wartawan ESPN Argentina, Leo Paradizo berkata, telah berlaku perubahan perancangan iaitu Messi tidak akan menyertai kunjungan Indonesia dan hanya akan memperkuatkan Argentina dalam saingan menentang Australia di China.

“Maklumat eksklusif: Messi dijangka hanya bermain perlawanan pertama menentang Australia dan dia tidak akan pergi ke Indonesia untuk perlawanan pada 19 Jun,” tulis Paradizo di akaun Twitternya.

Berita itu membuatkan ramai peminat kecewa, malah sudah ada yang menjual semula tiket mereka di platform platform atas talian.

Entah siapa yang betul atau salah? Kita sama sama nantikan.