Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mahu menerapkan ‘grow mentality’ terhadap pemainnya yang ketika ini berada di Dubai bagi menjalani perlawanan serta latihan pra musim menjelang saingan Liga Malaysia musim 2023.
Baca Juga:
- Sumareh Terima Kata-Kata ‘Pedas’ Daripada TMJ
- RASMI: Syihan Hazmi Sertai JDT
- TMJ Sumbang Peralatan Kecergasan Untuk Skuad Harimau Malaya
Solari berkata demikian apabila pasukan bimbingannya bakal berdepan empat kelab Eropah dalam jelajah pra musim di Dubai dan beliau mahu menggunakan peluang ini sebagai medan untuk memantapkan pemain dan juga pasukan.
“Semua sedar JDT marupakan kelab yang mempunyai standard yang tinggi. Setiap masa kami mahu memperbaiki prestasi dan ini merupakan sebab mengapa kami berada di sini (Dubai). Kami mahu bertemu dengan pasukan yang memiliki barisan pemain bagus dan mereka ketika ini berada di kedudukan terbaik dalam Liga Rusia.
“Ini merupakan satu bentuk pembelajaran bagi kami dan akan membantu pasukan untuk berkembang. Sekarang saya berada di sini, saya mahu menerapkan ‘grow mentality’ yang bermaksud pemain perlu belajar dari setiap perlawanan. Mereka juga perlu bekerja keras untuk mencapai daya tahan tinggi kerana itu adalah penting bagi pemain bola sepak,” kata Esteban Solari.
Antara kelab yang dihadapi oleh JDT ialah kelab dari Bulgaria, FC Levski Sofia dan 3 kelab dari Rusia iaitu FC Rostov, FC Lokomotiv Moscow serta FC Zenit ST. Petersburg (Juara Liga Rusia). Satu lagi kelab dari Liga UAE yang turut menjadi lawan mereka akan diumumkan kemudian.
SOUTHERN TIGERS RETURN FOR PRESEASON JAN 8, SET FOR FRIENDLIES IN DUBAI AGAIN
JDT players and coaching staff will report for duty on January 8 ahead of the 2023 campaign and travel to Dubai, United Arab Emirates for preseason international friendlies.
[1/2] pic.twitter.com/K78qWiuYRC
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023
Dubai sentiasa menjadi destinasi persiapan pasukan Harimau Selatan di luar negara setiap tahun kerana ia adalah tempat dimana kelab dari eropah mengadakan latihan pra musim mereka sebelum menyambung aksi liga.
Sebelum ini, JDT turut mengadakan perlawanan persahabatan di sana bertemu Spartak Moscow dan Rodina Moscow (Russia), Riga FC (Latvia) serta MSK Zilina (Slovakia).
Hasil persiapan daripada perlawanan itu membantu menambah sengat pasukan sekali gus memberi petanda betapa JDT sedia untuk terus mendominasi saingan tempatan musim ini.