Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mahu mengekalkan dominasi pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia.
Baca Juga:
- Esteban Solari Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim
- TMJ Sedia Pinjamkan Stadium Sultan Ibrahim Untuk Kegunaan Harimau Malaya
- TMJ Sahkan 3 Lagi Pemain Bakal Sertai JDT: “Nama Pun Tangan Ghaib”
JDT memperkenalkam Solari sebagai ketua jurulatih pasukan baru-baru ini dan beliau bersedia untuk meneruskan kejayaan yang telah diraih sebelum ini dan sedar tugasan sukar sebagai pengendali pasukan.
Menurutnya, beliau sedia untuk berkongsi segala kepakaran dan juga ilmu untuk memastikan pasukan itu bukan sahaja cemerlang dalam saingan Liga Malaysia tetapi juga saingan AFC Champions League (ACL).
Some shots from our new Manager & Head Coach's press conference today
More photos at https://t.co/bFECfbbuD2#Tano#EstebanSolari#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/GEe4tSnbaH
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 7, 2023
“Kami akan memberikan fokus hari demi hari, langkah demi langkah dan kami mahu meningkatkan lagi tahap fizikal, medikal dan taktikal. Persediaan telah dilakukan lebih awal bagi memastikan kita mempunyai pemain yang kuat untuk menghadapi saingan musim ini.
“JDT adalah satu pasukan yang berjaya dan ini merupakan satu tanggungjawab yang berat. Kami akan memberikan yang terbaik, bekerja keras untuk memastikan pasukam ini melangkah ke tahap seterusnya.
“Walaupun ini misi yang sangat sukar, saya percaya kita mempunyai segalanya untuk mencapai kejayaan,” kata Esteban Solari.
Menjelang saingan musim 2023, JDT akan mengadakan perlawanan pra musim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Januari ini dan bakal menghadapi empat kelab dari Eropah termasuk Juara Liga Rusia.
Antara kelab yang dihadapi oleh JDT ialah kelab dari Bulgaria, FC Levski Sofia dan 3 kelab dari Rusia iaitu FC Rostov, FC Lokomotiv Moscow serta FC Zenit ST. Petersburg (Juara Liga Rusia). Satu lagi kelab dari Liga UAE yang turut menjadi lawan mereka akan diumumkan kemudian.
SOUTHERN TIGERS RETURN FOR PRESEASON JAN 8, SET FOR FRIENDLIES IN DUBAI AGAIN
JDT players and coaching staff will report for duty on January 8 ahead of the 2023 campaign and travel to Dubai, United Arab Emirates for preseason international friendlies.
[1/2] pic.twitter.com/K78qWiuYRC
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023
Para pemain dan barisan kejurulatihan kelab akan kembali melaporkan diri pada 8 Januari ini menjelang kempen musim 2023.
Dubai sentiasa menjadi destinasi persiapan pasukan Harimau Selatan di luar negara setiap tahun kerana ia adalah tempat dimana kelab dari eropah mengadakan latihan pra musim mereka sebelum menyambung aksi liga.
Sebelum ini, JDT turut mengadakan perlawanan persahabatan di sana bertemu Spartak Moscow dan Rodina Moscow (Russia), Riga FC (Latvia) serta MSK Zilina (Slovakia).