Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyatakan pasukannya menghadiahkan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala FA 2023 kepada pemilik pasukan, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ).
Baca Juga:
- TMJ: Mengapa Pemain Perlu Keluar? Di JDT Ada ‘Quality Match’
- Solari Akui Bukan Senang Nak Kalahkan Sri Pahang
- ‘Open Play’ Punca Selangor Tewas Kepada JDT
JDT membelasah Selangor dengan keputusan 4-0 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim semalam sekaligus mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir.
Selepas perlawanan, Solari menegaskan kejayaan ini adalah untuk TMJ kerana baginda telah banyak berkorban serta selalu memberikan sokongan penuh kepada pemain dan pasukan.
“TMJ sentiasa memberikan sokongan kepada kami dalam apa juga keadaan dan sering meminta kami untuk sentiasa berani memasang impian yang lebih besar.
“Oleh itu, kemenangan dan kejayaan mara ke final Piala FA ini kami dedikasikan kepada TMJ,” kata Esteban Solari.
Hatrik Arif Aiman pada separuh masa pertama dan gol dari Fernando Forestieri pada separuh masa kedua sudan cukup untuk JDT menewaskan Selangor dan mara ke perlawanan buat kali kedua berturut-turut.
Selangor menerapkan corak permainan terbuka dan mereka mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan lawan dengan melancarkan beberapa gerakan serangan.
Akan tetapi, kesilapan yang dilakukan oleh Fazly Mazlan menjadi titik tolak kepada kejatuhan kelan dari Lembah Klang itu dimana corak permainan terbuka yang diterapkan oleh Tan Cheng Hoe membawa padah buat pasukannya.
Barisan tengah dan pertahanan Selangor gagal mengekang kemaraan barisan serangan JDT dan perkara ini memberi kelebihan kepada skuad Harimau Selatan.