Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memuji aksi yang ditampilkan anak buahnya dalam mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada aksi ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 yang berlangsung di Old Trafford, awal pagi tadi.

Jadon Sancho dan Marcus Rashford meletakkan nama selaku penjaring dan Mohamed Salah cuba merapatkan defisit jaringan pada lewat aksi tetapi ia masih belum cukup untuk menghalang kemenangan pasukan tuan rumah.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan sulung buat The Red Devils dan ten Hag selepas mereka hanya mengalami kekalahan pada dua aksi awal bertemu Brighton dan Brentford.

Pengendali kelahiran Belanda itu turut berpendapat bahawa sikap sebenar dipamerkan barisan pemain Manchester United telah merintis kepada kemenangan bermakna terhadap seteru utama tersebut.

EPL: Manchester United Tewaskan Liverpool, Ten Hag Nikmati Kemenangan Pertama Yang Bermakna

“Kita boleh bercakap tentang taktik tetapi ini semua adalah berkaitan dengan sikap,” ujar ten Hag menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Kami telah membawa sikap sebenar di dalam padang. Terdapat komunikasi antara pemain, semangat untuk berjuang dan anda boleh melihat apa yang mereka boleh capai kerana mereka boleh bermain bola sepak dengan baik.”

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi mereka perlu membawa semangat ini pada setiap perlawanan, tidak hanya pada satu perlawanan sahaja.”

Ten Hag Kritik Prestasi Pemainnya: “Terlalu Banyak Kesilapan”

“Saya mengetahui tentang perseteruan ini tetapi jangan hanya melakukannya hanya pada aksi bertemu Liverpool. Setiap aksi Liga Perdana Inggeris begitu sukar untuk dihadapi.”

“Kami perlu membawa semangat ini dalam setiap perlawanan, organisasi dan intensiti. Dan itu semua dimulakan dengan semangat,” tambah Erik ten Hag lagi.

Dengan kemenangan yang diraih, Manchester United kini berada di tangga ke-14 dengan tiga mata diraih, satu mata meninggalkan Liverpool yang menghuni tangga ke-16.

 

Sumber