Harry Kane menjaringkan dua gol ketika Tottenham menewaskan Arsenal yang bermain 10 pemain pada awal pagi Jumaat waktu Malaysia. Sementara Son Heung Min meneruskan rentak cemerlangnya di hadapan gol untuk terus mengejar Mohamed Salah dalam persaingan kasut emas.
Pasukan Antonio Conte akan tersingkir daripada perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka tewas kepada musuh tradisi mereka itu.
Tetapi Kane menyeksa Arsenal sekali lagi apabila penyerang Tottenham itu membuka jaringan dengan sepakan penalti yang agak kontroversi.
Son Heung Min pula memberikan Cedric Soares malam yang sangat sukar.
Rob Holding pula dilayangkan kad merah kerana dua kad kuning dalam masa tujuh minit.
Arsenal sangat terdesakn untuk kembali semula ke pentas Liga Juara Juara Eropah, selepas kali terakhir beraksi di sana pada musim 2016-17.
Arsenal masih mempunyai kelebihan 4 mata ke atas Spurs sebelum sepak mula.
Kekalahan itu membuatkan Spurs kini hanya 1 mata di belakang Arsenal.
Conte berkata beberapa minggu lalu bahawa ia akan menjadi “keajaiban” jika Tottenham layak ke Liga Juara-Juara memandangkan kedudukan pasukan mereka yang sangat teruk ketika dia menggantikan Nuno Espirito Santo yang dipecat pada November.
Tetapi kemenangan mereka dalam perlawanan derdi utara London, yang merupakan kemenangan terbesar mereka ke atas jiran mereka itu sejak Arsenal memenangi liga di White Hart Lane pada 2004 memastikan keajaiban masih boleh menjadi kenyataan.
Conte percaya penamat dalam empat teratas adalah “seperti memenangi gelaran di negara lain, serta satu pencapaian besar” kualiti pasukan pasukan yang ada di EPL termasuk pasukan bukan dari kalangan ‘big six’.
Untuk menentukan siapa yang akan mendapat slot terakhir itu, persaingan antara Arsenal dan Spurs dilihat paling ketat ketika ini.
Tottenham akan menjadi tuan rumah kepada Burnley yang bergelut pada hari Ahad kemudian bertandang ke Norwich yang sudah pun tersingkir.
Manakala anak anak buah Mikel Arteta melawat Newcastle pada hari Isnin dan melayan kunjungan Everton dalam aksi terakhir mereka.
Ekspresi bingung Arteta menghiasi aksi Arsenal dalam perlawanan ini. Dia tidak pasti apa yang sebenarnya pasukannya lakukan.
Spur tidak mengambil masa la apabila diberikan penalti selepas Cedric Soares menolak Son Heung Min. Pemain pemain Arsenal merasakan bahawa penalti itu adalah tak betul kerana Soares menurut mereka melakukan kontak bahu / shoulder challenge.
Kane tidak ada masalah menewaskan Aaron Ramsdale pada minit ke-22.
Pemain pemain Arsenal turut bengang kerana pengadil tidak memberikan mereka penalti selepas kekasaran Ben Davies ke atas Bukayo Saka.
Pada minit ke-33, keadaan menjadi lebih buruk buat Arsenal apabila pemain cemerlang mereka minggu lalu, Rob Holding dibuang padang.
Menghidu kesempatan yang ada dengan kelebihan seorang pemain, Tottenham menggandakan lagi asakan.
Rodrigo Bentancur kemudian berjaya mendapatkan Kane di dalam kotak penalti untuk gol kedua.
Kane, penjaring terbanyak dalam sejarah derbi London utara dalam semua pertandingan, kini mempunyai rekod 13 gol dalam 17 pertemuan dengan Arsenal, yang pastinya menyesali hari mereka menolak pemain itu ketika berusia lapan tahun.
Malam menjadi lebih baik buat Antonio Conte pada minit ke-47 apabila Kane membuatkan Gabriel hilang keseimbangan dan Son menyempurnakan penyudah terus ke gawang gol.
Ramsdale melakukan penyelamatan yang kemas ketika menafikan percubaan Emerson Royal dan Kane untuk menghalang Arsenal dimalukan sepenuhnya.
Tamat perlawanan Spurs 3 Arsenal 0.
Conte: Arteta kaki kompelin
Selepas tamat perlawanan, Antonio Conte menuduh Mikel Arteta sebagai kuat meroyan dan terlalu banyak bantahan.
Conte tak selesa dengan sikap Arteta yang turut mempersoalkan pengadilan Paul Tierney dalam perlawanan ini.
Conte berkata:
“Dia banyak membantah. Dia harus fokus lebih kepada pasukannya. Dia harus tenang dan fokus lebih kepada tugasannya. Mikel Arteta jurulatih yang sangat bagus.”
“Dia baru memulakan tugasannya dalam kejurulatihan dan saya banyak mendengar dia merungut membantah.”
"He complains a lot!" 🗣
Antonio Conte's scathing comments on Mikel Arteta after north London derby 😳https://t.co/VzcNGiT7j6 pic.twitter.com/tr26CqpErN
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 12, 2022
“Untuk mendengar seseorang sentiasa membantah sepanjang masa adalah tidak bagus. Dia harus tenang dan terus bekerja.”
“Di Liverpool, kamu ada dengar saya membantah tentang setiap faul Fabinho dan semua faul yang Liverpool buat? Tak ada.”
Conte kemudian memberikan nasihat kepada Arteta sebagai seorang otai dalam pengurusan.
Conte menambah: “Dia boleh mendengar nasihat saya ini jika dia mahu, jika tak mahu, saya tak peduli.”
“Dia membantah tentang jadual selepas Arsenal sebelum ini pernah meminta penundaan perlawanan yang sukar dipercayai. Sekarang kami akan bermain 12 tengah hari. Sedangkan mereka hanya akan beraksi pada Isnin. Kita tak boleh sentiasa membantah.”
Arteta sebelum itu bercakap di hadapan kamera Sky Sports dengan berkata: “Jika saya menyatakan apa yang saya fikirkan, saya mungkin akan digantung selama 6 bulan.”
“Saya dibenarkan untuk memberikan pandangan saya tentang apa yang saya rasa, namun saya tak suka menipu.”
“Saya tak boleh cakap benda yang saya fikirkan, kerana saya akan digantung.”
“Jadi, saya cuma boleh menyatakan saya bangga dengan pemain saya. Tanya pengadil, untuk berada di sini, dan jelaskan sendiri keputusan pengadilannya hari ini.”
“Itu keputusan dia. Permainan yang indah ini dimusnahkan di sini hari ini.”
Ditanya tentang keputusan pengadil membuang Holding dari atas padang, Arteta berkata: “Pengadil sudah membuat keputusan. Saya tak boleh mengubahnya. Pengadil harus membuat keputusan dan bertindak dalam bola sepak.”