Sheffield United rasminya tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas musim lalu yang luar biasa. Di mana musim lalu Sheffield dianggap giant killer dan berjaya menamatkan saingan di 10 teratas – berada di tangga kesembilan – pada musim pertama mereka di EPL selepas naik.
Selepas kemenangan Newcastle ke atas West Ham dalam aksi lebih awal, Sheffield sedar bahawa mereka harus menang di Molineux, sekurang kurangnya untuk melengahkan penyingkiran mereka yang dilihat sudah sukar untuk dielakkan.
Namun di atas padang, Wolves mencipta beberapa ancaman. Namun Sheffield mendapat peluang lebih awal menerusi Enda Steven yang menyaksikan rembatannya dihadang.
Adama Traore kemudian mencipta peluang kepada Willian Jose dengan hantaran leret yang berjaya disudahkan. Jose akhirnya menamatkan kemarau gol dalam 11 perlawanan sejak menyertai kelab dari Real Sociedad pada Januari.
The Blades cuba memberikan respon. Stevens melakukan rembatan yang berjaya diselamatkan Rui Patricio.
Sheffield terpaksa menelan penyingkiran musim ini selepas prestasi buruk mereka dalam 13 perlawanan pertama musim ini.
Seterusnya konflik dengan pengurus Chris Wilde telah membuatkan pengurus itu melepaskan jawatannya. Wilde dikatakan kecewa kerana tidak mendapat pemain yang beliau ingini untuk menguatkan lagi Sheffield musim ini.
Wilde digantikan pengurus interim Paul Heckingbottom menyatakan bahawa mereka harus meniru apa yang dilakukan Norwich, di mana skuad mereka terus kekal bersama dan kemudian memenangi semula promosi naik ke EPL.
Defeat at Molineux brings our Premier League journey to an end. pic.twitter.com/9PAgBxWcrt
— Sheffield United (@SheffieldUnited) April 17, 2021
Maka berakhirlah kisah Sheffield di EPL musim ini. Dan mampukah mereka kembali dengan secepat mungkin pada musim depan?
Baca juga artikel:
Piala FA: Taktikal Tuchel Membuatkan City Hilang Kreativiti Di ‘Final Third’
Norwich City Sah Kembali Ke EPL Hari Ini Tanpa Menyepak Bola
Bagaimana Tuchel Boleh Mengendalikan Skuad Mahal Chelsea Dengan Baik