Liverpool melayan kunjungan Chelsea di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Kedua dua pasukan dalam prestasi yang berbeza. Chelsea dengan kebangkitan luar biasa sejak kehadiran Tuchel, manakala Liverpool berdepan dengan krisis prestasi.
Liverpool menerima sedikit perkhabaran gembira dengan kecergasan Fabinho yang kembali semula beraksi.
Chelsea ternyata tampil dengan lebih baik pada separuh masa pertama. Di mana mereka mencipta lebih banyak peluang berbanding Liverpool.
Liverpool mendapat awal menerusi Andy Robertson gagal menepati sasaran.
Pada minit ke-16 Timo Werner memiliki peluang untuk membuka jaringan bagi pelawat, namun beliau mempersiakannya.
9 minit kemudian Werner berjaya menewaskan Alisson yang keluar daripada kawasannya untuk mengeluarkan bola. Tetapi gol itu dibatalkan oleh VAR. Dengan Werner dilihat hanya sedikit sahaja ofsaid.
Is Timo Werner onside or offside? #LIVCHE pic.twitter.com/wr4wLyTdVG
— talkSPORT (@talkSPORT) March 4, 2021
Mohamed Salah terlepas peluang keemasan pada minit ke-28. Di mana beliau gagal menyempurnakan peluang terbaik.
Sebelum rehat, Mason Mount meletakkan Chelsea di hadapan dengan gol pada minit ke-42. Ianya berpunca daripada serangan balas. Kante melakukan hantaran panjang yang sempurna.
Mount kemudian melakukan lencongan yang cantik menewaskan Alisson.
Gol tersebut adalah gol kelima Mount musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.
5 – All five of Mason Mount's Premier League goals this season have come away from home; he's scored three goals in eight league games under Thomas Tuchel, compared to two in 18 under Frank Lampard this season. Opportunity. #LIVCHE pic.twitter.com/aic2xBQ8An
— OptaJoe (@OptaJoe) March 4, 2021
Pada separuh masa kedua Liverpool memperbaiki rentak mereka. Menggandakan lagi asakan ke kubu Chelsea. Namun masalah utama Liverpool adalah kreativiti. Mereka terus gagal mencipta sebarang percubaan tepat.
Jurgen Klopp kemudian memasukkan Oxlade Chamberlain dan Diogo Jota.
Tetapi Liverpool hanya melakukan percubaan tepat pertama mereka pada minit ke-85, menerusi tandukan Gini Wijnaldum.
Chelsea bertahan dengan kental dan memastikan 3 mata milik mereka.
Liverpool kini berada di tangga ketuju selepas Everton berjaya menang dalam aksi menentang West Brom.
Manakala Chelsea berjaya menempatkan diri mereka di empat teratas untuk prospek ke UCL pada musim hadapan.
Baca juga perkembangan lain
Semedo: ‘Messi Tak Pernah Berlatih Sepakan Percuma, Ianya Terlalu Semulajadi’
Solskjaer Yakin Catatan Seri Akan Jadi Motivasi Tewaskan Manchester City Selepas Ini
Ini Sebab Scholes Anggap Bruno Fernandes Tak Layak Menang Pemain Terbaik PFA Musim Ini